Dua tiga malam lepas, Umar dan Hamzah berebutkan satu soft toy. Biasalahkan budak-budak ni bila seorang dan pegang, mulalah yang lain pun berminat sama.
Oleh kerana Sawda dah tidur, saya tak mahu mereka bising-bising bergaduh. Jadi saya pun ambil toy tersebut dan letakkan di tingkat atas compartment almari bilik saya.
Saya beritahu mereka berdua,
“Jika suka berebut, mak akan ambil dan letakkan di atas almari sana. Siapa yang boleh ambil, dia yang punya.”
Memang tinggi betul tempat tu, saya pun kena naik atas katil baru boleh ambil, maka tiada siapa la dapat ambil. Suasana pun kembali tenang dan kesunyian pun melanda. Wah bagus ni dah boleh tidur dengan aman.
Tiba-tiba ada suara memecah kesunyian,
“Kalau umar dengan hamzah berebutkan mak, nanti letak mak kat atas almari. Siapa yang dapat ambil dia dapat mak”.
Huhuhu.
Itu hamzah yang kata. Memang bunyiny kelakar, tetapi aduh terkesan juga jiwa saya mendengarnya.
Moral of the story, anak-anak ikut sahaja apa yang kita cakap dan kita buat. Jika kita rasa tak mengapa membuat sesuatu tindakan kerana kita faham rasionalnya, tapi anak-anak akan ikut sahaja.
Jadi berbuat baiklah hatta kepada mainan yang tidak bernyawa.
Sekian cerita hari ini.

mula2 ingat ayah diorang yang cakap mcm tu.
tp betul lah, kena hati2 bila bercakap dengan anak atau bila boleh didengar oleh anak.