1

Umar masuk jawi

Alhamdulillah hari ni hari kedua selepas Umar berkhatan. Dan Alhamdulillah, Umar memang seorang anak yang mudah diuruskan. Dia punya keazaman yang kuat dan jugaa aku kira kekuatan mental.

Ini bukan sekadar cakap-cakap puji anak sendiri, aku sungguh-sungguh berharap kalau dia baca suatu hari nanti dia tahu kualiti yang ada padanya di tahap ini.

Perihal berkhatan ni sudah lama dimomokkan pada Umar. Kami mahu dia bersedia bila tiba masanya. Salah satu perkara yang kami tekankan adalah Umar boleh menjadi imam selepas bersunat. Umar suka benar jadi Imam. Selalu juga dia menjadi imam bila kami solat bersama. (Ada teknik, jangan salah faham).

Umar minta PSP selepas berkhatan. Kami fikir tidak ada masalah. Dia sudah minta beberapa tahun sudah. Mungkin 2 tahun dia menunggu. Tapi beli PSP pun dengan bersyarat.

1. Beli PSP sebelum berkhatan. Selepas berkhatan baru boleh main.

2. Beli PSP guna duit Umar sendiri. Duit sendiri ni maksudnya duit yang dikumpul oleh aku dalam Tabung Haji. Kekurangan sistem ni ialah, duit Umar akan berkurang berbanding duit adik-adik. Tapi tidak boleh merungut. Dia ada pilihan samada mahu teruskan pembelian atau tidak.

Masih teringatkan bahagian badan yang dipotong?

Umar faham dan dia sendiri yang pilih harinya. Sepatutnya hari Rabu kami bawa dia ke klinik, tapi seperti biasa banyak betul hal jadi semalam (10 Disember) baru berjaya bawa.

Penantian satu penyiksaan. Betullah kata pujangga. Lagi lama tunggu di klinik lagi haru jadinya. Umar agak restless. Akhirnya masa ditunggu pun tiba. Bila baring sahaja umar sudah mula menangis. Yang paling dirisaukan adalah jarum suntikan bius.

Tapi aku ajarkan kepada dia, baca bismillah banyak-banyak. Kuat juga dia baca bismillah. Tapi lebih baik dari dengar jeritan dan lalakan.

Lama-lama dia baca dalam hati sahaja. Katanya dia baca bismillah 40 kali sepanjang proses itu. Tahniah Umar.  Doktor Amir pun turut baca bismillah kuat-kuat pada satu ketika. LOL.

:)

Kami melakukan proses berkhatan di Klinik Amal Telok Emas. Disini ada dua pilihan, samada secara laser atau clamp. Kedua-duanya hanya RM100 sahaja. Kalau mahu ALIClamp boleh buat di Dr Jamaluddin Merlimau. Tapi kami cuba elakkan cara itu. Pengalaman pahit semasa mengkhatankan Hakim, adik saya dulu.

Smiley face today!

Apapun, luka umar sudah tidak berdarah. Ada bengkak sedikit di kawasan yang dijahit. Tapi rasanya tidak ada apa-apa. Cuma aku ada sedikit masalah.

A*u overdosed.

Kekekee.