Malaysia Boleh!

note: malay language entry.

Jadi keputusan Malaysia lawan Myanmar dalam Perlawanan Akhir Pestabola Merdeka semalam berpihak kepada Malaysia, 3-1.



nota: Angkasawan Negara menunjukkan tanda bagus kepada pasukan Malaysia kerana permainan yang boleh tahan semalam.🙂

Milla pergi bersama cik kambingnya dan siap ada video pengulas sukan lagi eheh.

Aduh, cemburu aku. Sebab aku sepatutnya berada disana. Ya, aku dah cerita kenapa aku tak pergi dalam entri semalam-kan?. Tapi orang yang tidur itu kata “kalau awak tak tidur semalam, sempat lagi kita nak pergi Shah Alam”

Macam biasalah tu, ayat standard sang suami.

Ha ha ha.

Hari ini agak membosankan la bagi aku di kantor. Baru pukul 9.30 pagi aku dah rasa cam nak lari balik rumah. Juruteknik_bunga di kantor bercuti pula, konon2 nak membeli-belah kat Jusco sebab ada Jualan Murah. Sekali dia bagi sms kata “Kak Zura, Sale Jusco lepas pukul 10 malam lah”.

Gelak gelak kat dia.

Apakah yang boleh aku buat eh nak menghilangkan kebosanan di jiwa nih?

Aku tau, jawapannya buat kerja. Tapi aduh, takde mood langsung nih. Kerja-kerja database jangan dibuat main-main. Silap edit, menangis berdarah 7 tempayan nanti.

Layan forum pun macam lembap je arinih, lagi-lagi takde id yang menarik nak di skodeng pun.

nota: Cuba fokus kat jari jemari sang bayi letaknya di mana?
Kat papan kekunci tu dok sibuk nak godek2 jugak. Pastu buat muka
innocent.

Perancangan cuti esok pun tak pasti lagi. Kejap begini, kejap begitu. Malas nak fikir lah. Tengok sajalah kemana kakiku membawa diri ini esok.

Oh, cepat-cepatlah masa berlalu.

7 thoughts on “Malaysia Boleh!

  1. that reminds me to get your phone number and save it in my phonebook.:)that is if you don’t mind to give it to me, babe.

  2. ha ckp psl si kecik tu ngumpil keybod tu kan..byk dah kes jadi kat mak merah nye laptop 5,6 taun dulu abang keje kan..pastu turun temurun kat gegirl lak..sudahnya aku pakai pc, senang, susah nak cabut.

  3. hahammg la kak redarituh shift tak function.pastu selang 2,3 hari tercabut F1 ngan shift tuh.nak buat camne.takde duit nak beli toy lain.ahahhahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s