Berbuka dimana?

Weekend ni ada program berbuka puasa dirumah favourite uncle Umar, Pak Min. Aku tak beritahu pun pasal program tu pada Umar. Kalau tak mesti dia excited gila dan paksa nak pergi.
Kena pulak sang suami ada aktiviti PAS yang dirancang lama dulu.

Tiba-tiba malam tadi Si Umar tahu pula. Mulalah dia berkira-kira. Dalam hati sangat gembira, konon nak jumpa sanak saudara. Aku pula terpaksa terangkan mungkin kita tak boleh pergi. Sedihlah pula si budak kecik. Terpaksa janji nak pergi Toys ‘R Us untuk cari Jazz (Transformers) lepas raya baru lah dia kembali ceria.

Aku tahu, sang suami pun berbelah bagi juga. Separuh hati nak ke Bangi. Tapi difikirkan komitmen dan janji yang dibuat dengan kawan-kawan, tak kan nak tinggalkan bergitu sahaja.

Aku pula neutral. Disana berbuka, disini pun buka. Dengan anak-anak kecik ni tak banyak pilihan yang ada. Berbuka dirumah paling afdal.๐Ÿ™‚

Karang time orang nak makan, time tu anak-anak buat hal, terbantut selera orang lain. Aku punya selera pun mati jugak. Mana nak layan anak, mana nak layan tekak.

Tapi Alhamdulillah, despite hati aku yang a bit reluctant untuk join iftar di masjid semalam, anak-anak sangat behave. Sawda pun ok je. Kalau kat rumah, time aku nak makan tu lah dia nak menyusu. Mungkin sebab semalam atmosphere baru, dan ramai orang. Maka budak pun terhibur kot.

Btw, pendapat aku, orang perempuan nih kenalah jadi penyokong setia suami especially suami yang banyak aktiviti luar (tapi aktiviti sihat lah). Lagipun kan ada pepatah mengatakan,


Di setiap kejayaan seorang lelaki, ada seorang perempuan dibelakangnya. Juga di sebalik kejatuhan seorang lelaki, seorang perempuan ada dibelakangnya.

Redha jelah nak buka dimana pun.

3 thoughts on “Berbuka dimana?

  1. lara, betul. Makan dalam tu tau.

    ๐Ÿ™‚

    zura, kena saling memahami. kalau sorang je nak paham kang ada jugak yang naik angin. hahahhah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s