Sahur dimana?

Ni tengah bersiaran dari depan komputer, sambil bersahur. Sang suami tak mahu makan. Kenyang barangkali. Malam tadi pukul 12 dia bawa Umar keluar bersahur. Yelah, nak ambil hati Umar supaya dia terus berpuasa penuh. Jadi aku ni sahur seorang. Tak bukak lampu pun. Makan terus di meja komputer yang kecik cenonet.

πŸ™‚

Kat rumah ni memang komputer tu hotspot. Semua orang bila bangun, terpisat-pisat lagi mata dah duduk depan komputer. Yang besar, yang kecik sama je. So far Hamzah paling horror. Mata tak bukak, tiba-tiba eh dah duduk kat kerusi. Dahsyat.

Itu pasal haritu aku cakap dengan sang suami, kita dah jatuh hukum ni nak kena beli komputer sorang satu. Aku pun nak kena ganti hard disk notebook aku tu dengan kadar segera. Lama nau tertangguh.

Satu lagi pasal Internet. Wah, itu kalau takde Internet mahu macam kucing nak beranak. Masing-masing hilang punca. Sebab itulah nyawa.

Memang dari aku kenal sang suami, dia jenis yang tak tutup komputer. Maka, aku pun terikut-ikut juga. Mujur juga sekarang ni ada unlimited broadband aka Streamyx. Tak ada isu bil banyak pasal tak tutup modem. Lagi haru dulu masa pakai jaring. Tiba-tiba tengah malam nak kena beli prepaid card sebab kredit dah habis.

Itu belum cerita lagi yang kami masing-masing subscribe unlimited broadband dengan Celcom. Tak mahu simcard lain, terus merge dalam sim handphone. Itu yang boleh guna internet hatta dalam toilet pun.

πŸ˜›

Alkisah teknologi lagi pagi-pagi buta nih.

So anda sahur dimana?

5 thoughts on “Sahur dimana?

  1. hahahha.. i pun tak leh idup without internet.. semalam hujan lebat connection lost.. terus call 100.. walhal masalah cuaca je.. heheee.. anyway i limit myself to streamyx jek.. sgt2 menahan diri.. kalau tak.. mau tak jadi keje.. dalam kelas patut ngajo.. berfesbuk pulak.. heheheheee..

  2. sama ar kita wa..dari aku kenal sang laki ku..sampai skrg..jenis tak katup pc kecuali berjalan jauh, lama tinggalkan umah..
    aku sahur di Andari setelah 3 pagi sang laki sahur sorang2..:)

  3. mak sahur kat meja makan jugak…
    dulu2 saya kagum orang kata takleh hidup takder internet. skang ni sendiri sudah kena, baru tau langit tinggi rendah!πŸ˜›

  4. ell_jay ni liza kan?

    i kadnag2 meeting yang panjang berjela, i dok berfb and surf thenet guna phone le.

    boring hidup kalau takde internet. ni lagi2 ada youtube dalam henpon, budak2 pun suka.

    πŸ™‚

    Arin, kitornag kalau takde kat rumah pun pc on. Membazirkan? Tapi satu pc tu jadi server. Memang le tak boleh tutup.

    Wah sahur Andari. Seronok cik abang ada kawan hari ni .

    MN, so langit tingi ke rendah?

    Hahahhaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s