Adik ku seorang

Dua hari lepas, dalam pada aku duduk rehat-rehat dirumah, tiba-tiba sms masuk. Bila baca tengok sms dari adik aku yang tengah belajar kat Ipoh tu minta masukkan duit. Tak banyak. RM20 je. Tapi bila b aca hati aku jadi sakit.

“Asyik-asyik minta duit”, bentak hati aku.

Masa cuti semester hari tu, dia kerja. Gaji dia langsung tiada siapa pun usik. Memang setakat untuk dia je.

Nak naik sem baru, bayar yuran pengajian pun guna duit mak. Alasannya duit gaji bulan kedua tak masuk lagi. Maka, aku rasa mesti mak tambah sedikit sebanyak untuk duit belanja juga.

Hujung bulan 8, masa nak mula puasa, dia bagi sms ucapan puasa merangkap minta duit lagi. Aku ni tak sampai hati, yelah, nak berpuasa kan? Maka aku pun masukkan lah RM50.

Minggu lepas dia balik rumah mak bawak awek lagi. Dui belanja yang sepatutnya boleh lepas sampai nak balik raya habis dalam perjalanan dan nak bagi awek makan. Bila balik ke Ipoh, mak and ayah nak kena topup lagi. Aduh bengang.

Aku ada perasan dia bagi mak sms minta wang. Konon-konon untuk 2 minggu. Sampai raya. Itu sms dalam hari Isnin lepas. Alih-alih hari Jumaat dia minta aku pula.

Nah, bagitau aku. Siapa yang tak bengang bila baca?

Memanglah Rm20 tu sikit je. Tapi kalau asyik-asyik kerjanya nak duit-duit-duit, ytokei balak pun boleh bankrap.

Dia cakap duit yang mak beri dia buat servis motor. Kena caj RM45. Maka nak RM20 untuk belanja buka dan sahurlah agaknya. Dia tanya boleh tak masukkan duit tu.

Aku dengan berat hati, tapi dek kerana geram, jawab ringkas je.

TAK BOLEH

2 hari dah berlalu, aku cerita pada kakak aku. Kakak aku pula sampaikan pada mak. Aku takut mak marah sebab tak tolong adik aku. Tapi rupanya mak pun dah sampai tahap fed up juga.

Tapi dah nama adik beradik kan. Kalau kita senang, takkan sanggup nak tengok orang susah. Walaupun memang sentiasa menyusahkan. Kena pulak semalam baca blog Eucy, aku quote ayat dia;

Aku cukup percaya, kita bertungkus lumus bekerja nie, bukan 100% duit itu hakmilik kita. Kita cuma dijadikan orang perantaraan utk menolong dan bersedekah kepada orang lain.

Jadi akhirnya aku bagilah sikit. Tapi aku tak inform dia, kalau dia cek nanti perasan lah dia.

Kalau cakap banyak nanti orang tak suka, kuat membebel, kedekut, nak bagi- bagi je lah. Ni siap berkhutbah.

Tapi pesan aku adik oii, otak ada, fikirlah. Berpada-pada berbelanja. Kalau mak ayah tu orang kaya ok lah juga. Ni kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau bukan kita yang meringankan beban, siapa lagi kan?

7 thoughts on “Adik ku seorang

  1. same kisah ngn sy jgk. adik study kat kl (dah abis dah) tp blm blik ipoh lg sbb nk cr keje kat kl.. but until now blm dpt lg..

  2. adik saya nak pi buat practical kat ipoh pulak. suruh balik melaka tak mau. macam2.

    mn, memang sabar. kesian tapi nak kena ajar juga sekali sekala. hai camana le nak buat?

  3. Takperlah wawa. Nak buat caner, itulah sowang adik kamu tue. Dia lah madu, dia lah racun.

    Allah balas kebajikan . Insya Allah…nak2 di bulan penuh keberkatan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s