Ala la la la long ke ALONG?

Pagi tadi orang AEON Credit kena sound dengan aku. Panjang ceritanya, dan melibatkan orang ketiga. Dah la gaya macam Along je.

To cut the story short, ceritanya aku (*substitute orang ketiga) ada hutang dengan AEON guna nama aku. Then sangkut sebulan. Biasalah, duit ni macam laut juga, ada pasang ada surut. Especially nak raya nih. Real reason why aku tak tahu.

Yang aku bengang, orang AEON ni call aku dari minggu lepas lagi. Aku dah terangkan duduk perkara sebenar pun masih tak faham-faham.

Semalam dia call, aku dah separa bengang. Tiba-tiba masa bercakap line putus. Tak surelah dia yang letak telefon sebab tak tahan dengar aku cakap atau apa. Kemudiannya dia call semula. Jangan harap aku nak jawab kalau bercakap cuma nak paksa-paksa dan marah-marah.

Ingatkan dah sudah ceritanya disitu.

Hari ini dia call lagi. Kali ini call nombor office. Wah pandai. Tahu aku tak boleh screen calls. Ayat pertama je dia cakap,

“bila Cik nak bayar hutang?”

Wah, wah, wah. Takde insurans betul. Cakap gitu gini sampai akhirnya aku pun tinggikan suara dibulan Puasa ni.

Yang kelakar dia boleh cakap,

Apa masalah Cik sebab sebelum ni Cik tak pernah tak bayar?

Hah dah tu apa lagi kau nak tanya. Kau sendiri kata aku tak penah tak bayar. Maknanya kalau aku tak bayar, aku ada masalah le tu.

Bukan nak brag, tapi aku insya Allah kalau berhutang, aku bayar punya. And kalau hutang-hutang dengan Bank, aku prompt payer.

Dia kata lagi kalau aku tak bayar, nanti akan masuk fail negatif. Tak kisahlah. Fail negatif tu pun nama aku bukan namamu.

😛

And yang paling kelakar, dia boleh buat assumption aku tak bayar sebab nak roll duit untuk raya.

Sudah gaharu cendana pula. Buat assumption tak berpada-pada.

Inilah kali pertama dan terakhir aku nak berurusan (dan berhutang) dengan AEON. Minta dijauhkan dari beban hutang selepas ini.

notakaki:

1. aku boleh diganti pada orang ketiga pada tempat-tempat yang dirasakan sesuai.

2. Aku bukan nak aibkan sesiapa. Cuma pelik kenapa zaman sekarang ni kalau default sebulan pun gaya macam semacam.

12 thoughts on “Ala la la la long ke ALONG?

  1. a'a betul default sebulan mcm kita takkan byr sampai mati lak. geram je. tp kwn yg i keje kutip utang citer derang mmg ada buku rekod; so tiap hari kena catit dah call n harass penghutang tu ke blm. cipet kan?

  2. i understand that the caller is just doing his job. tapi dah tu nak harrass orang ke?

    adoilah. teruk camni.

    unless kalau i ni liat nak bayar, dah banyak kali default puas hati lah buat i camni kan?

    serik.

  3. hhahah!!! I used to work there masa mula2 grad dulu!!! They are sucks!!

    Memang tension masa keje situh.. baru lewat sehari dah suruh kita call push customer bayar.. customer tak bayar kita kena marah dgn group leader.. ntah pa ha pe ntah..

    kita ni bukan reti nak paksa2 orang bayar.. tapi those senior memang kaw kaw kaw la maki orang.. padahal.. benda tak logik as u said wawa.. setakat RM50 sebulan pun kadang2 gaduh smpi bermaki2an.. heeessshhh!!

    Actually ada target date..payment yg masuk before or on the day will be accumulated and then ada certain commission.. tu yg depa beriya sgt tuhhhh…

  4. aeon mmg gitu la.. akk pun pnh ade kes dgn aeon, aku trace smpi lubang cacing.. baru padan muke! eh drg tu dah kire untung tau kite ni guna khidmat drg.. so please la laksanakan tugas dgn jujur & berhemah..

    tp i bet yg byk mulut & eksen sgt tu msti pangkat2 exec tu, yg modest tu mesti takat operator aje.. tak kesah la kan, abis ko srg aje ke exec kat dunia nih?

    ececehhh… tumpang semangkuk laks..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s