Katil Yang Dilanda Badai

Aku rasa aku dan katil memang ada badi. Ada je yang boleh buat modal tak puas hati berkisarkan kisah katil.

Katil pertama aku beli dah jadi arwah. Sekarang tersadai belakang rumah. Nak mengganti bukan main susah. Siap perang dunia ketiga, ha ha ha.

Tadi siang aku terasa nak ubah kedudukan katil. Lepas Asar aku pun angkat perlahan-lahan, seorang diri pulak tu.

Bila sang suami nak ambil kain pelekat selepas berbuka, dia tengok katil dah berubah tempat. Nak dijadikan cerita aku rasa dia nampak sisi katil tu dah senget. Mulalah dia bertanya-tanya.

Satu sifat yang aku ada ialah aku agak defensive. It brings more harm than good most of the time. Selalu sahaja sikap aku itu mengundang malapetaka.

Anda boleh terus defensif, namun harganya ialah bersuamikan lelaki bisu. – saifulislam

Anyway agaknya kerana syaitan tak ada menggoda, maka tak adalah berlaku apa-apa. :p Tapi ayat yang aku baca sangat mengesankan.

Bila baca entry yani berkaitan kebahagiaan rumahtangga, aku sedar yang badai boleh melanda tak kira isunya. Terpulang pada kita nak tackle macamana.

Ayat yang paling aku setuju sekali dalam entri saifulislam tadi ialah ,


Perempuan sering tidak rasional semasa membuat bising, lelaki pula sering tidak rasional semasa mendiamkan diri.

Belajarlah untuk mengurangkan kebisingan, wahai sang isteri. Belajarlah untuk bersuara, wahai sang suami.

Malu aku sekejap.

Aku berazam untuk tidak membenarkan isu katil, atau apa isu-isu remeh lain menjadi badai yang melanda hubungan kami.

Tidak sama sekali.

8 thoughts on “Katil Yang Dilanda Badai

  1. owh kita serupa bab katil ni… huhuh… tapi setelah hampir 2 thn tak berkatil.. akhirnya tahun ni berjaya juga beraya dengan katil… berkobar2 cik abg membetulkan katil… wpun niat dihati ini lebih prefer kalau dibeli yg baru… huhu takpe, katil tu cantik lagi… tapi bab defensive & pendiam ni, nonie & hubby terbalik pulak… hmmm letih gak, bila membisu, dalam hati cam ada batu…

  2. haha, pengajaran pasal katil ialah kalaunak ubah lokasi kena angkat jangan tolak.

    😛

    and pasal defensive tu kan, Allah kan kaya, pasangkan kita dengan jodoh yang akakn complement each other kan?

  3. hehehe…..tp rasanya dah bertahun kawen makin kendur sifat2 defensive tuh kan?amazing race betul…..itu hikmah berumahtangga mungkin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s