Buat Kira-kira

Dah nak raya ni kan semua orang dah banyak berbelanja. Maka tibalah masa untuk buat kira-kira sikit.

😛

Basically belanja tahun ni memang sikit. Baguslah, daripada berlebih-lebihan kan amalan syaitan.

Anggaran Kira-kira

Baju raya budak-budak 3 orang : RM300

Baju raya mak budak : NIL (sebab dah ambil 2 bulan lepas dan dah pakai pun).

Baju raya bapak budak : RM150 (itupun sempena pergi Court Jalan Duta, kalau tak sure tak berganti punya)

Kuih raya (1) : RM70 (kuih raya untuk orang tua)

Kuih raya (2): RM93 (jajan dan kerepek untuk budak-budak, maafkan aku jadi a bit crazy kat kedai tadi sebab tengok kerepek semuanya murah-murah)

Daging 6 kilo : RM120

Sarung ketupat : RM7

Duit raya: tak tahu lagi sebab sang suami tak bawa balik

Total: RM740

So far ini sahaja yang seingat aku dibelanjakan untuk raya. Benda-benda lain dah masuk perbelanjaan bulanan. Tak ada yang extra.

Maknanya, sebenarnya kita boleh save kalau mahu. Tapi aku rasa mesti ada yang kata, aku bukan save tapi kedekut.

🙂

Apa-apalah labu.

Back to kisah buat kira-kira, duit dibelanja memanglah boleh buat kira-kira kan. Tapi ganjaran pahala amalan sepanjang Bulan Ramadan bagaimana?

Sedih sebenarnya nak berakhir ramadan ini. Entah boleh entah tidak berjumpa lagi ditahun hadapan.

😦

Anyway, malam ini malam ke 29. Masih sempat lagi.

Ayuh kawan-kawan. Jangan lepaskan peluang yang masih berbaki.

Ayuh kawan-kawan. Bangun malam ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s