Gula-gula


Hari ini sang suami memberi kami gula-gula sebab esok dan weekend depan dia sibuk.

Kemana sahaja aku nak ajak pergi, diturutkan sahaja.

Mula-mula ke rumah kawan adiknya kahwin. Kad kahwin tertinggal di ofis. Jadi Tersesat-sesat jalan. Tapi sanggup sang suami patah balik dan buat satu pusingan.

Kemudian kerumah kawan sekolah dulu, dia yang kahwin. Aku ajak tunggu sampai pengantin sampai pun dia layan. Ingatkan datang awal dapat la jumpa kawan-kawan lain. Rupanya salah taktik. Akhirnya lepas pengantin bersanding, aku pun pulang.

Kemudiannya ke rumah Kak Ikin, pun dia bawa. Oh, rumah kak ikin macam show house. Cantik dan sangat selesa. Kak Ikin pun masak spesel juga. Nak makan banyak-banyak malu pula.

😛

Kemudian dia ajak kami ke rumah Tuan Yusof. Heh. Seronok sangat dapat berjumpa kak Milah. Lama rasanya tak berjumpa. Rumah ini pun best juga. Ada kucing bernama Miri. Dapat nama kerana Tuan Yusof jumpa kucing ini dirumahnya bila dia kembali dari bercuti di Miri.

Nasib baik pergi Miri. Kalau Merlimau ke, Semabok ke, tak ke kelakar namanya.

😛

Kemudian sang suami ajak singgah ke rumah mak sedara aku. Padahal sebenarnya esok aku akan kesana juga. Tapi bagus jugak, sebab ini datang beraya. Esok datang kenduri.

Dapatlah mandikan anak dan siapkan untuk malam. Sebab aku dah jangkakan dalam perjalanan balik mesti diorang terbongkang.

Itu lah cerita kami digula-gulakan. Political engineering katanya.

Tapi tak mengapalah, semoga sang suami selamat pergi selamat pulang dalam perjalanan esok ke Bagan Pinang.

4 thoughts on “Gula-gula

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s