Mengimbau Kenangan Lalu

Kelmarin, sang suami balik dari Bagan Pinang semasa aku ditempat kerja. Dia balik sekejap sahaja. Nak selesaikan urusan pejabatnya.

Jadi petang itu terus diangkutnya kami ke KL. Menginap dirumah adikku diPuchong. Alhamdulillah, elok dan cantik rumahnya. Moga Allah permudahkan cara untuk adikku dan suami dalam menempuh hidup.

Yang nak diceritakan ni, malam semasa aku tidur disana, pukul 3 pagi aku terjaga. Bagai disentap sakit pinggangku ini. Tak tahan. Dan tidak disangka-sangka, boleh pula kena breast engorgement.
Pelik.

Sawda tidur nyenyak malam itu. Maka aku pun keluar mencari hamzah untuk offer susu. Nasib baik memang elok-elok je masanya untuk dia menyusu.

Kemudian aku rasa sejuk sangat. Aku perlahankan kipas. Tapi aku masih tak boleh tidur. Mengigil-gigil macam nak demam. Aku terfikirkan bentan. Tapi boleh ke bentan selepas setahun melahirkan?

Sampai pukul 6 pagi aku tetap macam itu. Bila kupicit-picit kaki, sendawa tak berhenti. Mulalah meloya. Tandas pula dekat dengan bilik tidur adik. Dalam aku munta-muntah tu, aku berkata dalam hati, ni karang mesti dia ingat aku mengandung lagi.

😛

Memang betul pun. Typical thinking.

Sampai pukul 9 pagi pun masih begitu juga. Sang suami suruh bangun mandi. Aku nak berdiri pun tak boleh. Pusing betul kepala, Pinggang pun rasa tak boleh tegakkan.

Si adik offer ActiFast dan juga handheld massager OGAWA. Alhamdulillah, elok la sedikit selepas itu.

Hari ini, dengan cergasnya aku ke rumah mak. Minta diurut oleh makcik depan rumah. Memang makcik itu yang mengurut semasa pantang pun. Satu badan habis dilanyak. Terbang RM40 tapi tak kisahlah. Lagipun Sang suami kata nanti dia bayar.

Iyolah.

Yang nak cerita ni, sehingga sembahyang Maghrib tadi pun badan masih berbau minyak urut. Terus aku terimbas kenangan lalu.

Kenangan yang mana satu?

Kenangan berurut semasa berpantang.
Ketika Sawda masih merah lagi.
Ketika itu aku bercuti.
Tidak perlu bangun pagi.
Bersiap-siap mencari rezeki.

Seronok rasanya kalau aku dapat terus begitu. Rasanya mungkin kalau Sang suami sibuk je selalu, boleh agaknya difikirkan secara serius “kenangan” aku itu.

Heheh.

2 thoughts on “Mengimbau Kenangan Lalu

  1. skrg ilang le, itu[un aku siap makan misai kucing lagi.tgkla nabnti2 camne tp rasa masih nak kena makan supllement n susu scara regular

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s