Dia Ayahku


Aku jarang bercerita tentang ayah.

Ayah garang orangnya. Sangat garang. Tapi itu dahulu. Untung adik-adik sebab bila zaman mereka remaja ni ayah dah tone down.

Kalau tidak, pantang salah, jimat kata ayah. Maknanya kalau silap lagi kau kena belasah. Padahal anak-anak ayah dulu perempuan belaka. Patutnya anak perempuan kan dibelai, dimanja.

Hehe.

Ayah jarang ada dirumah. Rumah kami pun kecil. Jadi bila ayah tiada pun tidak timbul masalah. Sebab lebih selesa. Kalau ayah ada, nanti dikuasai TV.

Kalau bukan warta berita, mungkin hindustan atau cerita P.Ramlee. Masa kecil mana aku suka tengok itu semua. Asyik-asyik berita. Apa syoknya tengok orang bercakap sahaja.

😛

Ayah jarang bercakap. Tidak mesra. Kami pun jadi begitu juga. Lebih-lebih lagi aku kerana aku lebih lama meninggalkan rumah.

Semenjak usiaku 13 tahun sehinggalah menginjak ke 22. Ada dirumah pun semasa cuti. Selalunya aku keluar bekerja. Mencari duit belanja.

Hari ini kakakku memasukkan gambar kedalam Facebook. Bila melihat gambar ayah di hari raya ini, hatiku jadi sayu. Sungguh. Ayah nampak sudah tua.

Ayah sudah tua. Sudah berpencen dan kini berniaga. Tapi sayang banyak halangan. Maka dia kembali ke lapangan beca. Pada aku, ayah kini tidak perlu lagi bersusah payah. Patut menikmati usia tua.

Aku? Bisa menolong yang mampu sahaja. Sampai ke mati pun tak terbalas jasa. Aku mahu ayah gembira.

Tidak pernah aku ucap padanya. Tapi aku harap dia tahu.

Dia Ayahku. Pasti aku meyayanginya.

4 thoughts on “Dia Ayahku

  1. wa, untung sebab masih ada lagi mak dan ayah..take care of them while they still alive..mcm my kes..i didn't expect mom will leave us so fast…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s