May day, May day, opinion needed

Aku dan suami dah lama cari daily maid. Balik hari, datang pagi balik petang.

Tapi disebabkan makcik pengasuh anak kami itu sangat sukar dicari ganti, dan kebetulan juga dia willingly nak jaga budak-budak tu, maka dengan besar hati kami pun ala-ala melupakan la niat itu.

Tahun lepas, masa aku sarat mengandung, aku offer akak cleaner di office untuk kerja weekend di rumah. Bagus akak tu. Tapi selepas setahun dia pun macam dah tak berminat bekerja lagi.
Kebetulan pula, tailor tempat aku tempah baju offer seorang house cleaner. Jadi ulam dicita, pucuk mendatang. Maka, kakak cleaner itu pun tamat perkhidmatan diganti dengan seorang kakak Indonesia.

Semalam masa marhaban, aku berbual-bual dengan jiranku pasal makcik pengasuh yang datang rumahnya, jaga anaknya dulu. Tiba-tiba, hari ini kakak cleaner indonesia tu seakan-akan offer diri untuk memjaga anakku dirumah dan dalam masa sama buat kerja rumah juga.

Hmm.

Dia minta gaji hari RM30. Dalam sebulan ada 20 hari bekerja. Jadi secara kasar, kos upahnya ialah RM600. Mahal juga. Tapi sekarang pun kalau ditambah, kos jaga anak dan kemas rumah ialah RM510.

Hmm.

Secara personal, aku suka sangat makcik yang menjaga anak aku sekarang. Serius. Dia layan Hamzah, dan Sawda dengan penuh kasih sayang. Macam kasih nenek pada cucunya. lagipun Hamzah dan Sawda dah dijaga dari merah. Sampai dah besar.

Cumanya, ada beberapa masalah, bukan masalah makcik itu. Masalah sejagat.

1. Anak-anak dah besar dan suka berada dirumah. Rumah kan zon selesa. Semua ada. Mainan, TV, komputer. Jadi anak-anak especially Umar dan Hamzah dah tak mahu ke rumah orang lain kalau ada pilihan.

2. Aku mungkin(?) akan berpindah tempat kerja. Aku malas nak fikir kerja mengangkut budak. Jadi kalau ada orang jaga anak dirumah, lebih mudah.

3. Dan yang bagusnya ada orang kemaskan rumah, tanpa perlu aku sediakan penginapan.

Masalah timbul juga kalau aku berniat nak upah akak Indonesia nih.

1. Masalah pengangkutan. Nak kena hantar nak kena ambil. (tapi bagus juga, di atak boleh balik selagi aku tak hantar. Hehe)

2. Masalah makanan. Nak kena belikan atau nak kena siapkan bahan supaya sentiasa ada makanan untuk anak-anak dan dia sekali semasa mereka dirumah.

3. Masalah nak beritahu makcik pengasuh tu. Aku takut nanti aku melukakan hatinya.
😦 Dulu pun pernah kena sekali dengan mak aku masa aku nak pindah kerja ke Merlimau. Mak sedih sampai dia pulangkan bakul baju Umar, padahal tak perlu pun.

4. Masalah sang suami. Nanti dia balik tengahari ada orang pulak kat rumah. Mungkin dia tak selesa.

So apa kata kiat buat pungutan suara. Silalah bantu saya. Mungkin boleh membantu suami saya juga.

😛

6 thoughts on “May day, May day, opinion needed

  1. Pendapat aku : stick to makcik tu selagi kudrat makcik tuh boleh menjaga bebudak. Coz kalau sebol balik umah while ko tade kat umah..kira ok la, tapi kalau ader maid ke apa..leceh la..

  2. mak cik tu dah jaga lama…feeling dia lain sikit…Kalau setakat utk bersihkan rumah ke apa..try for weekend maid yg dtg on Sabtu or Ahad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s