What I seek in you

Borak-borak dengan MN, teringat pula satu blog entry yang i baca. Tapi sorry tak ingat source. Kalau tuan punya terjumpa, minta maaf ya, saya copy.

Petua Membaca Label Makanan Tambahan ‘Multi-Vitamin/Mineral’

Terdapat beberapa petua yang boleh kita ikut di dalam memilih ‘multi-vitamin/mineral’ yang terdapat di pasaran sekarang.

Petua 1:
———–
Pastikan terdapat kesemua 19 nutrien menurut piawaian ‘Daily Value’ (DV) disenaraikan pada label.

‘Daily Value’ yang menggantikan US RDA (United States Recomended Daily Allowance) telah memberikan satu garis panduan khusus berkenaan dengan amaun harian yang diperlukan oleh kebanyakan orang sihat. Amaun ini berdasarkan kepada diet harian sebanyak 2,000 kalori. Oleh kerana kita bakal mengambil ‘multi-vitamin/mineral’ untuk menggantikan nutrien yang mungkin kekurangan di dalam diet, tentu kita berkehendakkan ‘multi-vitamin/mineral’ yang membekalkan kesemua nutrien mengikut garis panduan DV.

Terdapat 12 vitamin dan 7 mineral ‘essentials’ yang disenaraikan di dalam jadual DV.

Vitamin:
Vitamin A, Vitamin D, Vitamin E, Vitamin C, Folic Acid, Thiamin (Vitamin B1), Riboflavin (Vitamin B2), Niacin, Vitamin B6, Vitamin B12, Biotin dan Pantothenic Acid

Mineral:
Calcium, Phosphorus, Iodine, Iron, Magnesium, Copper dan Zinc

Bawalah jadual DV bersama anda bila ingin membeli makanan tambahan dan pastikan kesemua 19 nutrien tersebut disenaraikan.

Petua 2:
———–
Pastikan kesemua lapan kelas vitamin B dibekalkan sekurang-kurangnya 100% menurut piawaian ‘Daily Value’. Perkadaran antara satu vitamin B dengan yang lain harus tidak berbeza melebihi 500 peratus.

Sebagai contoh, jika ‘multi-vitamin/mineral’ tersebut mengandungi tiga peratus (3%) Biotin dan 600% Thiamin, maka mudah kita meneka vitamin mana yang lebih mahal. Seringkali pengeluar tidak menyenaraikan semua vitamin B pada labelnya dan boleh kita anggapkan bahawa ‘multi-vitamin/mineral’ tersebut tidak mengandungi kesemua lapan kelas vitamin B.

Petua 3:
———–
Sila maklum bahawa Biotin dan ‘Folic Acid’ dibekalkan pada kadar seratus peratus (100%) ‘Daily Value’.

Ini adalah dua vitamin yang paling mahal di dalam makanan tambahan ‘multi-vitamin/mineral’. Jika pengeluar tidak membekalkan salah satu, atau ianya dibekalkan dalam amaun yang amat sedikit, maka anda boleh pasti bahawa satu-satu tujuannya ialah untuk menjimatkan kos syarikat pengeluar itu – dengan menggadai kepentingan kita sebagai pengguna.

Petua 4:
———–
Pastikan imbangan kuprum dan zink. Secara unggulnya, kedua-dua mineral ini harus terdapat pada nisbah satu-dengan-satu berdasarkan peratusan ‘Daily Value’.

Dengan kata lain, pastikan terdapat 100% kuprum dan 100% zink mengikut DV. Jika syarikat tersebut menumpukan penyelidikan mikro-mineral, maka ianya amat mendekati nisbah ini.

Petua 5:
———–
Pastikan ‘multi-vitamin/mineral’ berkenaan membekalkan amaun kalsium dan magnesium yang secukupnya.

Kedua-dua mineral ini mengandungi isipadu yang tinggi, menjadikannya susah dan mahal disebatikan di dalam tablet. Kadang-kadang pengluar akan memasukkan salah satu mineral ini, tetapi bukan kedua-duanya. Pastikan ‘multi-vitamin’ kita membekalkan amaun yang betul bagi kedua-dua kalsium dan magnesium.

Jika kelima-lima petua ini diikut apabila hendak mendapatkan ‘multi-vitamin’, kita akan dapat memilih satu keluaran yang bermutu tinggi.

(* dipetik daripada buku ‘Better Health Series’ karangan Dr. Bruce B. Miller, terbitan Bruce Miller Enterprises Inc. *)

Dah ada insurans, dah ada medical card, dah ambil supplements, kalau nak sakit apa boleh buat.

Yang penting berusaha, dan berdoa Allah tak tarik nikmat.

🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s