Yang mana satu untung?

Aku suka baca blog Pakdi. Blog sang suami tak payah la nak declare suka kan? Yangt itu suka atau tidak memang aku baca.😛

Berbalik pada blog Pakdi, dia bercerita tentang dunia kewangan dan ekonomi dengan bahasa biasa. Maknanya, kurang complicated, mudah faham.

Hari ini aku terjumpa entri beliau mengenai skim subsidi minyak. Tapi yang menarik ialah persoalan beliau tentang 3 golongan di Malaysia dan perbezaannya.

Sistem sedia ada hari ini adalah kerajaan perlu membantu orang miskin dan orang kaya, dan mengenakan cukai yang tinggi terhadap middle-class.

Contoh dalam Belanjawan 2010 :

Orang miskin tidak pakai kredit kad. Orang middle-class banyak pakai kredit kad. Orang kaya, mengeluarkan kredit kad. Siapa yang kena cukai perkhidmatan RM 50?

Orang miskin tidak bayar cukai pendapatan. Orang middle-class kena bayar cukai pendapatan sampai 26%. Orang kaya, dapat banyak pengecualian cukai, dan bantuan dalam bentuk projek kerajaan.

Orang miskin tidak pakai broadband yang hampeh tu. Orang middle-class yang banyak pakai broadband yang hampeh tu, dan diberi rebat cukai sebanyak RM 500. Dan orang kaya dapat menikmati dahulu peruntukan RM 11.3 bilion untuk projek High Speed Broadband.

Orang miskin tidak pakai komputer. Orang middle-class pakai komputer. Orang kaya jual komputer. Dan penjawat awam dibenarkan untuk buat pinjaman dengan kerajaan 3 tahun sekali untuk beli komputer dari tauke-tauke komputer ni.

Orang miskin tidak beli Sukuk 1Malaysia. Orang middle-class akan banyak beli Sukuk 1Malaysia. Dan orang kaya yang mendapat manfaat terlebih dahulu dari RM 3 bilion yang bakal dikutip dari Sukuk 1Malaysia. Orang middle class cuma dapat 5% setahun.

Orang miskin tidak punya KWSP. Orang middle-class semua ada KWSP. Tapi orang middle-class cuma dapat kira-kira 4.5% sahaja setahun. Tetapi orang kaya yang uruskan dana-dana KWSP dapat imbuhan yang lebih dari pencarum itu sendiri, tengok sahajalah ValueCap Sdn Bhd, senang-senang pinjam RM 5 bilion. Kita nak keluarkan duit KWSP sendiri pun susah.

Persoalannya, jadi golongan yang mana yang menguntungkan?

Orang miskin, orang kaya, atau golongan middle class macam kita semua?

Renung-renungkan dan selamat bekerja.

😛

6 thoughts on “Yang mana satu untung?

  1. akak pon suka baca blog dia..:) and forum BJ..tp la ni dia dh handover forum tu but still kire ok lg laa..btw, berckp psl bajet..kengkadang i wonder jugak apa mende yg plg best gomen boleh provide dlm bajet ni kan? i mean yg betul2 satisfied middle class people mcm kita..susah jugak jadi pemerintah 'Rakyat didahulukan' ni..hehe..

  2. hmm.. my husband pun duk bebel benda yg sama.. middle class people teruk terbeban.. org miskin dpt mcm2 subisidi.. org kaya dpt mcm2 tax exemption.. middle class dpt ape? hmmmm… bila la nak kaya kan..

  3. kak gjie, i hope these people understand that with power comes responsibility. jangan nak syok sendiri je. nanti kat akhirat kena tanya, hah baru tahu.eucy, betul la kan. tapi ada jugak orang yang jadi defensive.liza, kalau u baca rich dad poor dad pun dia ada cerita benda yang sama. orang miskin kita bantu lah supaya takde jurang yang dalam. lagipun kalau miskin banyak sangat, macamana negara nak maju, plus jenayah pun boleh menigkat pasal banyak orang terdesak dan stress.yang ornag kaya pun diberikan exemption tu okehla supaya dia banyak melabur. but at the same time, jangan le tekan orang yang kat tengah2 nih woii.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s