surat terbuka buat adinda

Adindaku,

Kekanda harap adinda sihat disana. Kekanda faham adinda dilanda masalah kewangan. Tapi adinda perlu ingat, itu bukan salah sesiapa.

Itu salah adinda juga kerana lalai dan tidak peka. Kalau adinda tidak berbuat masalah semester lepas, mungkin adinda sedar mengenai perkara yang adinda perlu lakukan.

Maka adindaku, silalah jangan ulang kesilapan yang sama. Silap sekali itu pengajaran, kalau silap lagi memang bodoh namanya.

Adindaku,

Kekanda juga diberitahu adinda ada mengatakan mengapa orang yang sembahyang tidak mendapat kesenangan, bahkan diberikan pula segalanya kepada mereka yang leka.


Adindaku,

Kesenangan itu subjektif. Sukar diukur. Kesenangan itu juga ujian. Untuk menguji samada kita bersyukur.

Kesusahan itu pula bukan bala. Mungkin ujian. Mungkin dugaan. Mungkin juga tanda Allah sayang kepada kita.

Yang senang tak selalunya tenang. Seringkali kila alpa. Hidup mereka mungkih resah dan gelisah. Memikirkan bagaimana mahu menguruskan harta.

Adindaku yang jauh dimata, dihati tidak kulupa,

Jangan dikira berapa banyak amal kita. Jangan dipinta balasan didunia. Jangan dikaitan amalan dan kesenangan didunia.

Yang penting kita perlu terus berusaha. Seperti kita akan hidup selamanya.

Yang penting kita perlu terus beramal. Seperti kita akan mati esoknya.

Yang penting kita percaya, Allah itu Maha Adil dan Saksama.

Yang penting kita akur, segala berlaku ada hikmahnya.

Yang penting kita sedar, hidup didunia bukan selamanya.

Syurga itu tujuan kita.


Adindaku,

Padamu kekanda semua senang-senang hidupnya. Tapi percayalah, sebelum senang, kesusahan telah dirasa.

Kemanisan hidup pasti tidak dinikmati jika tidak pernah merasai kepahitannya.

Adindaku,

Walaupun adinda seringkali menimbulkan amarah kepada kekanda, dan barangkali kekanda tidak pernah menunjukkan kasih kepada adinda, tetapi ketahuilah, adinda tetap dihati kanda.

Andai dicubit paha kanan adinda, paha kiri kekanda turut terasa pedihnya.

Adinda,

Cuma satu permintaan kanda. Terus berusaha, tingkat prestasi, bangkitkan potensi. Berusaha, dan bertawakkalah.

Insya Allah kejayaan dan kesenangan menanti dikemudian hari.

Salam sayang dari kekandamu.

7 thoughts on “surat terbuka buat adinda

  1. kak ed, ini saya yang tulis. :)kak gjie, bend ani dok main2 dalam kepala dari semalam. lega dapat luahkan dengan perkataan.ada benda2 yang saya nak sampaikan, tapi generally ramai juga yang ada masalah yang sama kan? so harap2 boleh dibaca oleh sesiapa pun seperti kak gjie kata.:)cik jijah, ye kisah benar. dari saya untuk adik yang kat ipoh sana.cuma now ni macamana nak suruh dia baca. hehehe.

  2. susahkan wawa jadi kakak ni..adik2 sokmo ingat kakak hidup senang lenang padahal susah parah sebelum ni adik2 xtahu…nak ckp terus terang payah..kang disalah erti..tp kalau tak luah, dok merengkam dlm ati…

  3. haha eucy, aku tulis seikhlas hati, pesanan buat adikku itu. harapan aku dia mengerti.:)ecewah cak pung cak pung.aineena, ya, mmg susah. kita nak tengok dia bahagia, sbb kalau susah, kita pun sama susah kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s