lebih terasa bila tiada selepas ada

Aku tak pergi kerja hari ini. Aku bukan ponteng atau sengaja.

Memang dah siap berpakaian untuk ke office despite gejala awal kepala pusing. Tapi aku gagahkan juga bersiap. Malangnya aku tewas. Maka aku tidur sahaja.

Kepalaku pusing. Yang peliknya, kepusing-pusingan itu berlaku masa aku baring atau dalam keadaan berehat e.g duduk di kerusi empuk office. Bukan masa aku bergerak. Ini bukan kali pertama ia berlaku. Dah banyak kali.

Yang hampir paling bahaya ialah masa aku memandu. Nasib baik waktu tu berhenti di lampu isyarat. Gelap mata seketika.

Bayangkan kalau aku sedang pecut atau sedang nak parking di parking bumbung shopping complex. Mungkin kejadian malang tembok dilanggar hingga runtuh di KB Mall bukan yang pertama agaknya. Isyk, nauzubillah.

Anyway, tajuk aku bukan berkisar cerita pening kepala aku nih.

Siang tadi masa dalam pening-pusing aku hantar juga Sawda kerumah makcik pengasuh. Khuatir aku pengsan atau pitam masa bersama Sawda. Sang suami pula tak balik dari Shah Alam, maka tak ada tempat mengadu dan mengada.

Jam 11 pagi aku jaga dari tidur. Rasa elok sikit terus aku pergi Klinik Dr. Jamal. Kemudian singgah office ada makan-makan sempena staff berpindah keluar dan staff berpindah masuk.

Jam 1.30 petang aku balik kerumah. Tapi hati ini rasa nak pergi ambik sawda dari rumah makcik pengasuh. Nak buat kawan dan teman.

Inilah cerita yang aku nak sampaikan. Anak, walaupun bila mereka bersama kita jadi bertambah pusing dan pening, tapi tetap tanpa mereka kita rasa sangat kosong.

Lebih terasa apabila tiada selepas ada kan?

Semalam pun, masa balik lunch biasanya ada Umar dan Hamzah, tapi semalam tak ada. Masa 45 mint terasa sangat lama dan membosankan. Tapi hari-hari yang mereka ada, hari berlalu dengan cepat tak terasa.

Ah, they will finally leave the house. Just like we do.

Agaknya mesti mak dan ayah pun rasa kosong juga kan bila seorang demi seorang dari kami keluar dan membina kehidupan sendiri.

i will treasure the time when we are still together. I will. And i hope they will never have the feeling that i had when i was much younger.

To get out of the house soonest possible.

Ah, sedihnya.

3 thoughts on “lebih terasa bila tiada selepas ada

  1. cant agree more.thats why mak kak ed agak terkilan bila kak ed ckp 3 orang anak pun dah cukup. dia kata sekarang tak rasa apa2, tua2 nanti baru rasa 'kesik'nya bila anak tak ramai.mcm mak kak ed, umur 43 tahun bersalinkan adik bongsu. so kiranya semua dah besar2 tp dia masih ada sibongsu sebagai peneman🙂

  2. kak ed, at times saya pun rasa 3 dah cukup. malas nak mengandung lagi sebenarnya dengan loya, sakit2 badan, muntah2, buasir lagi.tapi dilain masa saya pun fikir sama dengan mak kak ed lah.bila sorang2 dah keluar rumah.dahla umur pun belum 30, ada hati tak nak anak lagi. jenuh nak pakai implanon. hehheheh

  3. betul..betul..!!Kalau aku nie hah, yang macam2 sakit dan penyakit bila mengandung, aku planned amek anak angkat jerr lagik senang ehehehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s