sambung belajar

Dalam minggu lepas terlintas niat untuk sambung belajar. Maknanya sambung Masters. Dah dok cari-cari peluang, sekarang tengah tunggu timing sesuai.

Cakap pasal belajar, kelmarin aku bantu umar buat homework. Tahun ni walaupun baru sebulan sekolah, memang terasa perbezaannya. 2 tahun umar bersekolah, tak pernah dia bawak balik homework atau pun buat revision. Tapi tahun 2010 ni, selang sehari ada homework, dan kadang-kadang dia sendiri buka buku untuk ulangkaji.

Oklah tu kan.

Anyway nak cerita pasal homework umar. Dia belajar pasal warna. Kalau tak silap subjek Sosial ke apa ntah panjang sangat tajuknya tu.

Soalannya ada 4.

1. Biru + merah =

2. Biru + hijau =

3. Hijau + merah =

3. Biru + merah + hijau =

Kononnya nak tunjuk hebat, so aku suruh umar ambil pencil color dan ajar dia suruh combine colors. Tapi warna baru tu aku tak kenal.

Akhirnya aku terpaksa google.

Susah juga tu sebab nak google pun kena ada seni. Dapat juga jawapan, tapi tak pasti la betul ke tidak.

1. Biru + merah = magenta

2. Biru + hijau = cyan

3. merah + hijau = kuning

3. Biru + merah + hijau = putih.

Jawapan soalan ketiga tu agak memusyilkan tapi aku belasah je lah. Tawakkal. Hehe.

Hari ni pulak adik aku darjah enam minta tolong ajarkan ayat dasar. Aduh. tatabahasa. Lagi tak tahu.

Mak aku kata, tatabahasa ni kalau dah lepas sekolah memang sah tak ingat. Aku setuju. Tak cukup 2 tangan, 2 kaki aku angkat sekali.

Eleh, korang pun rata-rata tak ingat juga kan?

Meh aku tolong copy-paste kan.


Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek dan satu predikat.

Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.

Contoh ayat: Pelajar itu membaca buku.

🙂

Ni baru je lepas googlekan. Aduh, nasib baik ada Internet.

Macamana kita survive buat homework dulu-dulu eh?

3 thoughts on “sambung belajar

  1. mak ura, klau xsilap pengetahuan fedy yg xbrape nk byk nih, primer colours are, yellow, blue n red.. blue+yellow dpt green.. but yg mak ura draw nih mcm, blue, red n green eh?

  2. betullah fedy, mak ura pun tahu yang yellow, blue and red. tapi toba2 ada rgb pulak. iktu yang sampai kena google. anyway, itu bukan mak ura draw. google. heheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s