Jangan debuk sebarangan

Pagi tadi aku hantar umar dan hamzah ke sekolah awal. Jarang-jarang nampak adik-adik tahfiz tu beratur, tapi tadi masa aku sampai mereka sedang beratur.

Sempatla babai-babai umar dan hamzah sambil tengok-tengok adik-adik tahfiz berjubah putih tu. Sejk rasa hati tengok bakal hafiz.

Masa dala perjalanan keluar dari kawasan sekolah tu, pelajar tahfiz pun bergerak keluar barisan. Aku nampak dua pelajar sedang bercakap dengan Ustaznya.

Gaya Ustaz macam sedang marah pelajar. “Mesti budak-budaj ni buat hal”, detikku dalam hati.

Tiba-tiba, aku tengok ustaz menumbuk dahi pelajar yang disebelah kanannya tu. Sekali, dua kali, tiga kali, berkali-kali.

Terus timbul rasa tak puas hati.

Ikutkan aku nak keluar dari kereta dan tegur Ustaz itu. Kenapa tumbuk kepala? Walaupun berserban tapi itu kan boleh mencederakan.

Apa salah pelajar itu sehingga itulah hukumannya?

Bukankah hukuman bertujuan mendidik. Ubnu Sahnun dalam buku Mutiara Pendidik Muslim ada menggariskan bahawa


Pendidik tidak sewenang-wenang menjatuhkan hukuman tanpa rasa kasih sayang. Demikian halnya imbalan baik perlu dilakukan dalam dunia pendidikan bagi tujuan memotivasikan anak didik untuk bekerja keras dan bersungguh-sungguh.


Sungguh, aku tidak bersetuju dengan cara Ustaz itu. Ingin sahaja aku katakan padanya;

Beberapa syarat bagi membolehkan pendidik menghukum pelajar yang digariskan oleh ibnu Sahnun adalah:-

1.Jika sebahagian daripada mereka menganggu pelajar yang lain, seorang guru dapat mengetahui hal itu daripada kelompok pelajar yang ada di situ atau berdasarkan pengakuan daripada pelajar yang lain yang diakui kejujurannya. Kesaksian mereka dapat diterima dan mereka yang melakukan kesalahan akan dihukum.

2.Pendidik boleh memukul mereka kerana bermain, serta melakukan perbuatan yang sia- sia. Pukulan itu tidak melebihi sepuluh sebatan.

3.Pendidik boleh memukul mereka kerana melakukan kesalahan ketika membaca Al- Qura’an dan pukulan itu tidak melebehi tiga kali sebatan. Sebelum melakukan sebatan, pendidik hendaklah memerhatikan perkara- perkara berikut;

4.Pukulan hendaklah sesuai dengan kesalahan dan tidak melampaui batas- batas seperti yang ditentukan.

5.Memerintahkan pelajar menghentikan perbuatan menganggu dan mengambalikan apa yang diamil dari pemilikknya.

6.Tidak menugaskan pelajar yang lain memukul pelajar yang melakukan kesalahan

7.Tidak dibenarkan memukul muka dan kepala

8.Tidak boleh memukul dengan mnggunakan tongkat. Hal ini menunjukkan kepada kita supaya berhati- hati dalam menggunakan alat supaya tidak mencederakan mereka.

9.Pendidik tidak boleh mencegah pelajar makan dan minum, jika makanan itu diberikan kepadanya.

kredit kepada Portal SK Peserai

Andaikata apa-apa terjadi kepada otaknya, bagaimana?

Aku harap pihak pengurusan Tahfiz yang berkenaan ambil maklum perkara ini.

Anak-anak inikan bakal hafiz kita.

One thought on “Jangan debuk sebarangan

  1. Itu yang kau nampak, yang kita tak nampak????Aku cukup sedih kalau2 budak2 yang kene mintak derma buat skola dowang…tak salah aku, budak2 tahfiz nie, mak bapak dowang bayau tau sebulan seratus lebeh…, takkan tak cukup???Macam tabung yang dowang letak kat kedai aku, ade kerr dia nak buat satu suwat agreement dengan kami, dia nak letak sepanjang kami meniaga sampai bila2.,,,x dapat aku nak buat camtue….aku akan bagi laluan mana2 tabung nak masuk lepas nie…!! kebetulan takde yang masuk, aku akan biarkan tabung ko kat situ, besok2 dah ade yang lain nak masuk, aku akan suwuh dia ambil balik…dia tau, tabung letak kat kedai aku cepat penuh. budak yang collect tabung tue cakap, collection kedai aku paling pantas…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s