Kun Faya kun

i’ve been busy these few weeks. tiba-tiba dapat rezeki jatuh tergolek. konon je, padahal dah lama tunggu.

Alhamdulillah, semuanay dipermudahkan. Aku berjaya dapat pemangkuan 44 (atau dalam erti kata lain, naik pangkat lah). Syukur tak terhingga atas nikmat Allah. memang tepat pada masanya.

Aku selalu percaya, apa berlaku pada kita memang Allah dah tulis dan tetapkan. Segalanya dalam pengetahuan Allah. Memang rancangan Allah jua yang hebat. Mungkin tak sama seperti yang kita pinta atau plan, tapi siapalah kita. Yang daif, dan lemah.

Macam-macam jadi dalam sebulan ni.

Mula-mula digerakkan hati aku untuk tukar WP. Aku masuk jam 8.30 pagi, maka dapatlah siapkan anak-anak ke sekolah. Pengalaman yang tak terhingga tetapi penatnya tak terkata.

Kemudian aku dibambu dalam meeting. Berturut-turut, sehingga sudahnya aku pasrah pada keadaan serta terus tawar hati. Hilang satu tonggak 12 – keseronokan bekerja.

Di suatu hari aku paling down, aku call kawan yang berada di Pahang. Dia menyampaikan berita yang paling aku tunggu. Surat pemangkuan dah mula diedarkan.

And the rest is history.

Pergi ke Putrajaya melapor diri. Berjumpa SUB dan dapat penempatan idaman hati. (takde la idam sangat cuma itu je yang ada untuk aku stay di negeri).

Kemudian hari ini patutnya ada pengambaran pegawai kanan tapi aku tak rasa nak bergambar, maka Allah berikan rezeki sekali lagi dapat surat penempatan melapor diri di jabatan baru.

Segalanya dipermudahkan.

Aku anggap segala kemudahan yang diberikan pada aku ini adalah ujian.

Ya, bila susah itu ujian, Bila senang pun ujian jua.

Moga-moga aku tidak lupa bersyukur. Dan juga tidak alpa, bahawa ini semua tak akan jadi nyata jika bukan atas kehendakNya.

7 thoughts on “Kun Faya kun

  1. my 2010 beginning was bad. tapi disebalik setiap kesusahan mesti ada kesenangan kan? hehhe.and yes kak awie, a wind of change is what i need. badly.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s