Perkenankanlah Doa Kami

Minggu lepas aku ada 1st Assembly dengan Jabatan baru.

Perhimpunan yang ringkas, tapi menarik pada aku. Ada perkenalan staff baru di atas pentas. Kalau ada 100 orang aku rasa 100 orang tu kena perkenalkan diri masing-masing agaknya. Mujur masa perhimpunan tempoh hari ada lebih kurang 20 orang agaknya.

Bagusnya bila kita kenalkan diri, boleh pula buat jejak kasih. Aku terjumpa makcik aku (aku memang tahu dia kerja kat Spital, tapi tak sempat jejak). Dia cakap, “eh, ni macam anak sedara aku je nih”. Memang pun.

Ada persembahan koir hospital. Menarikla jugak kan. Buat aku rindu nak nyanyi lagu politeknik. Hehehe.

Kemudian yang paling aku terkejut dan terkesima, tetapi paling menarik buat hari itu ialah doanya.

Pembaca doa baca doa yang ringkas. Dalam bahasa Melayu. Mudah, tetapi syahdu.

Antara doanya ialah mendoakan semua pesakit di hospital sembuh dan dapat kembali bersama-sama keluarga.

Bayangkan la kira-kira 150-200 orang staff mengaminkan doa. Dan bayangkan kalau mereka semua ikhlas.

Selama ni aku selalu skeptikal kepada hospital kerajaan. Tapi mendengarkan doa itu, terus merubah pandangan aku.

Ya, ada perkhidmatan di hospital yang perlu dibaiki.

Tapi ramai juga yang benar-benar ikhlas berkhidmat.

Ya Allah, kau permudahkan usahaku untuk membantu mereka semua.

Amin, Ya Rabbal Alamin

Advertisements

2 thoughts on “Perkenankanlah Doa Kami

  1. nnt kalau 2 taun lg im posted kat HM, satu bumbung la kte keje. keke.wishful thinking la kan.oh the word 'work' sounds so alien to me XD

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s