Modelling job


Tadi masa di office dapat MMS dari sang suami. Gambar hamzah ni. Belajar solat rasanya. Jadi model duduk tahiyyat akhir. Kalau kat rumah dia belasah je tak mahu sembahyang. Geram betul. Nak ajar pun susah. Alhamdulillah kami ada pilihan untuk hantar ke sekolah yang berorientasikan Islam.

PASTI Assolehin.

🙂

Selepas menghantar anak-anak 3 tahun disini, aku cukup berpuas hati. Kagum dengan guru-guru yang berupaya mengajar anak-anak kecil dengan resource yang terhad. Hebat.

Pada minggu-minggu awal persekolah Hamzah, dia dah boleh kenal dan recite huruf-huruf. Umar pula, macam-macam perkembangannya. Setiap hari ada sahaja yang membuatkan aku teruja.

🙂

Siapa kata sekolah PASTI tak bagus? Tak ada kurikulum? Tak ada sukan tahunan? Hehe. Aku bukan kata begitu kerana sang suami bergiat dalam Parti nan satu tu, tapi ini ikhlas dari seorang hati seorang ibu yang mahukan segala yang terbaik buat anak-anaknya.

Sawda pasti akan ke PASTI nanti.

Eh lupa pulak tak bayar lagu yuran bulan ni.😛

11 thoughts on “Modelling job

  1. Kt klebang takde, kalu ada pasti aku akn hantar ke Pasti.And aku amat amazed dgn cikgu2 yang ajar kekanak umur 3-6 tahun ni, tahap kesabaran diorg sure tinggi.

  2. arin, tak ada ke? tapi area2 melaka dan belah2 sana banyak islamic kindy kan? kira ok lah jugak. banyak pilihan. kak bina, hehe alhamdulillah.btw nak sambung sikit, maybe ada yang bagus ada yang tak. depends pada pengurusan sekolah la kan. tapi syukur pada Allah sebab berikan rezeki sekolah yang baik buat Umar dan hamzah.

  3. pernah hantar Nayli ke PASTI di sini, tp so frustrated bila dia bgtau ustzh soh tido dan main je. Bila check balik rupa2nya tak cukup tenaga pengajar. Frust jugak sbb keadaan itu berlangsung dekat 4 bulan. Terus tukar tadika lain. Maybe sesetgh je kot PASTI yg camtu. Nasib2

  4. Shahida, betullah tu. ada yang bagus, ada yang tak. saya pun ada komen kat komen yang atas tu. sebab u kena bersyukur banyak2 sebab sekolah umar dan hamzah elok.kak rozie, we all tak boleh commit utk extra classes, sedangkan kelas mengaji pun kejap pergi kejap tak. kalau kat rumah lak budak2 ni tak mau ikut.

  5. bersyukur anak2 wawa dpt hantar ke sekolah yg bagus mcm PASTI tu..area umah saya takder PASTI..yg byk, skool yg uniform skirt pendek and yg laki pakai short..adehhh…

  6. so far PASTI anak aku, nak kata so good………..tak gak, but as far as aku tengok………ok lahhh……..just towards english study tuh, lomah la skit PASTI anak aku tuh……others ok laaa……..anak aku tau la nak recite doa……..solat pun dah ok, just yang pompuan 6 tahun tuh, tak start ajor lagi suruh solat……yang laki tuh dulu senang, leh ikut aku jemaah……

  7. aineena, saya doakan yang terbaik untuk anak-anak kita semua. :)pian, english mmg ada sedikit amsalah. tapi aku tak berapa risau yang itu. we will be able to help at home.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s