Berusahalah!

Semalam sang suami ada mesyuarat seharian. Walaupun semalam hari ibu tapi aku tak kisah ditinggalkan kena jaga budak macam hari-hari biasa.๐Ÿ™‚ Lagipun semalam kepala ada berat sedikit. Mungkin kerana cuaca tak menentu masih lagi begitu.

Tapi kat rumah cuma ada roti sebuku. Aku buatkan roti planta campur kaya buat budak-budak. Sarapan yang sama untuk aku.

Ingatkan nak ke Bandar Hilir rumah mak, tapi tak jadi sebab tak kuasa bawak kereta masa kepala weng weng. Sudahnya, makan tengahari pun aku masak mee segera sahaja. Kesian anak-anak.

Nak dijadikan cerita, perut Hamzah masuk angin agaknya sebab tak cukup makan. Kesian sangat. Kepala sakit katanya. Aku picit-picit aku yang sendawa. Memang selalunya kalau aku picit orang berangin aku yang kena anginnya.

Bila dia tidur cepat-cepat aku keluar belikan nasi ayam. Alhamdulillah dapatlah mengenyangkan semua orang.

hari ini pula kena ambil cuti. Badan dia masih panas lagi. walaupun ada kursus laktasi yang dinanti-nanti tapi itu boleh tunggu. Anak lebih penting.

Sang suami pula ada hal di Kuala Lumpur. Dia ajak kami bersama. Nanti ditumpangkan di rumah abang ipar di Shah Alam katanya. Tengok-tengok status facebook orang tu pun dah ada aircond dirumahnya. Hehe. Tapi kali ini tak mampu nak ikut. Kepala masih berdenyut. Plus anak-anak tak sihat lagi, sawda pula baru ambil injection imunisasi.

Kesian pula tengok sang suami nak bawa kereta bagak kompeni itu. Jadi aku tawarkan kalau nak bawa kereta kami tu, kenalah tinggalkan food. Fikir punya fikir masakan kedai dah muak rasanya. Jadi ku kirim ayam Ayamas dan nugget sahaja.

Takkan la pula nak makan ayam goreng macam orang bujang. So akak pun masaklah ayam sweet sour buat pertama kalinya. Ya, jangan tak percaya.

๐Ÿ™‚

Verdict?

Bolehlah makan, cukup rasa. Cukup semuanya. Lain kali dah boleh buat jamu tetamu pula.

2 thoughts on “Berusahalah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s