Mari Ber-Rehlah

Rehlah dalam bahasa Melayu bermaksud berkelah. Dalam english disebut Picnic.

Aku tertarik dengan entry SaifulIslam bertajuk Rehlah Mencari Faham Dalam Agama”

Semalam aku dapat call dari J*PA berkenaan dengan permohonan HLP aku tempoh hari. Ada maklumat tak lengkap katanya. Dalam kesempatan itu aku bertanyakan mengenai perkembangan proses permohonan itu.

Kalau tak ada aral melintang, mereka yang memohon akan disenarai pendek untuk temuduga hujung bulan ini.

Terus aku teringatkan sang suami.

Proses pertama aku dah mulakan, sekarang menunggu samada layak menginjak ke proses selanjutnya. Haruskah aku teruskan?

Persoalan utama ialah kenapa aku perlu teruskan?

Nak glamour?

Nak rasa jalan-jalan makan angin?

Maka bila terbaca entry SaifulIslam serba sedikit mengubat hati yang lara,

Hadith riwayat al-Bukhari itu, adalah muqaddimah yang menjelaskan tentang perjalanan Musa bersama pembantunya Yusha’ bin Noon pada mencari ilmu. Rehlah menuntut ilmu adalah Sunnah yang mesti diambil pada mencari FAHAM dalam AGAMA.

Rehlah menuntut ilmu bukan rehlah sebarangan.

Ia seumpama seorang mujahid keluar ke medan perang. Justeru Allah namakan ia sebagai NAFAR (Al-Taubah : 122).

Justeru, kemahuan pada memulakan langkah kembara menuntut ilmu memerlukan kepada kesungguhan yang mutlaq. Bukan mencuba-cuba, bukan hangat-hangat tahi ayam.

Insya Allah.

Moga dibukakan jalan.

Advertisements

5 thoughts on “Mari Ber-Rehlah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s