Amarah

Cepat je masa berlalu. Esok birthday Sawda. Sekejap je dah 2 tahun dah Sawda. Teringat lagi hidung kembangnya dulu yang sampai sekarang masih kembang. Btw, ini lah kali pertama anak aku menyambut ulangtahun ke-2 tanpa aku mengandung.

Eheheh.

Itu juga indicator ada setahun lagi aku nak kena bukak implanon nih. Takpe, tu boleh pikir nanti. Sawda pun bukan faham apa tu birthday whatsoever. Umar pula kalau cakap birthday je mesti cakap pasal nak beli mainan. Hamzah? Sibuk la dengan susu buat susu buat. Nak buat kek malas. Sebab tak payah tunggu birthday pun boleh buat kek juga. Ni semua alasan orang ‘malas.

Sang suami cakap esok ada OBW STAR Ipoh. Aku pernah ikut sekali. Ya Allah, penat yang amat. Tapi syiok la sebab dapat jalan-jalan. Kali ni tak confirm lagi nak pergi, padahal bendanya esok. Biasalah tu. Trademark sang suami memang begitu.🙂

Oh, abaya dah sampai. Kesian kat aku, dan kesian juga kat tokei abaya tu. Itu lah, siapa suruh pakai pos biasa? Kan dah susah nak keep track dah sampai ke belum.

Kalau diberitahu nak pos biasa, aku sanggup bayar extra supaya lebih terjamin dan cepat penghantarannya. Nyaris-nyaris aku hantar email kepada tokei pasal servisnya. Nyaris juga nak buat blog entry. Tapi teringatkan bahawa Amarah itu kunci kepada keburukan, terus aku pendam je hasrat nak buat itu ini.

Bayangkanlah kalau aku dah buat semua tu, sekali rupanya dapat tahu abaya dah sampai 2 hari lepas tapi tak diberitahu pada aku, macamana? Damaged done. Bolehlah minta maaf, tapi paku dah diketuk. Dinding mesti bertanda.

Jadi sebagai penutup, ehehe, macam pertandingan berpidato pulak, kubawakan cerita ini di hari jumaat yang mulia,

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa seorang lelaki berkata:
“Ya Rasulullah, suruhlah aku mengerjakan suatu amal dan aku lakukan sedikit.”


Baginda bersabda:
“Jangan marah.”


Kemudian orang itu berkata lagi.


Maka Nabi SAW bersabda:
“Jangan marah.”


Dari Ibnu Mas’ud, Nabi SAW bersabda:
“Apakah orang yang kuat itu menurut kalian?”


Kami menjawab:
“Orang yang tidak dapat dijatuhkan oleh orang lain diwaktu bergelut.”


Nabi SAW menjawab:
“Bukan begitu, tetapi orang yang dapat mengusai dirinya diwaktu marah.”


Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seseorang marah, melainkan ia mendekati jahanam.”

credit: http://ore-kampung.blogspot.com/

4 thoughts on “Amarah

  1. hey, jangan wish birthday dulu.esok buat entry birthday dah tak boleh wish, egegege.:Pzura, kadang2 bila marah tu mmg rasa macam dunia ni ANA yang punya, aku betul kau salah-kan? tapi nak tahan perasaaan amarah tu mmg la payh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s