lagi-lagi susuibu.com

susu ibu dan penyusuan susu ibu memang dah sangat familiar dalam rumah aku apatah lagi lepas aku pergi ke training Malaysian Breastfeeding Peer Counselor kat Alai 2 minggu lepas. Budak-budak memang ingat sangat sebab time tu training redah sampai weekend, jadi diorang agak bengang weekend tu takde aktiviti. hehe.

Awal minggu ni pula aku ada pergi pejabat susuibu.com untuk ambil buku pasal code of ethics yang aku tempah. Of course la pergi dengan bapak budak dan budak-budak sekalian. Sempat lagi ambil gambar depan office Kak Kamariah Alwi tu.

Hamzah berkenan betul dengan nama susuibu.com tu. Iyelah, selama ni tengok url dot com semuanya kena taip kat browser, sekali nampak pulak susuibu.com kat dinding. Huhuhu.

Kelmarin, dia cuba tukarkan susuibu.com kepada susubotol.com pula. Sebabnya dia kan tak dapat menyusu susu ibu lagi sebab dah wean. Lagipun dia dah nak masuk 4 tahun. Maka, tak seronokla lagi aku nak menyusunya. Minum susu masih lagi dalam botol. Tak mau dia tu minum guna cawan. Itu pasal susubotol.com jadinya. Jangan ada kompeni-kompeni botol susu ke susu formula yang terlintas pulak nak buat website kerana entry ni.

Itu dah satu hal.

Hari ni, aku keluarkan majalah Pa&Ma tahun 2007 dulu sebab ada satu artikel Kak Rita Rahayu yang aku minat. Kononnya nak gunakan sebagai sumber nak buat entry kat blog Semuanya-tentang-anak. Tapi belum mula Sawda nak tidur. Jadi kenalah tidurkan Sawda dulu. Sambil aku menyusukan dan menidurkan Sawda, aku nampak Umar menulis dalam majalah tu. Cuma aku tak berapa nak ambil peduli. Biasalah dia tu, banyak je ideanya. Selalunya dia melukis transformers.

Tadi, sedang aku buat rutin malam sebelum tidur (membaca dalam gelap, mata pun makin malap), aku terjumpa beberapa tulisan umar yang terus membuatkan aku tak jadi tidur nak bangun buat entry nih.

Dia nampak perkataan ibu, dikanselnya pastu tulis www.susuibu.com.my. Siap ada dot my lagi. Pandai-pandai je kau nak.😛

Selak-selak lagi, aku terjumpa satu lagi tulisan dia. Ini yang buat aku tak tahan tu.

Tengok kat mana dia tulis url tu? Punya la besar gambar ni dekat page tu, tapi dia tulis betul-betul bawah boobs, probably that’s the source of susu ibu tu.

Aduhlah anak.

Macam-macam kamu ni.

5 thoughts on “lagi-lagi susuibu.com

  1. opis kt rhb training centre, sg merab. kadang kalu bosan lunch kt opis, kuar gak ke bangi tuh..boley je nk blanje..roger arr..akak byk nk tanye psl breastfeeding ni..hik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s