Hutang

Hutang.

Definisi: Hutang Piutang adalah memberikan sesuatu yang menjadi hak milik pemberi pinjaman kepada peminjam dengan pengembalian di kemudian hari sesuai perjanjian dengan jumlah yang sama.

Jika peminjam diberi pinjaman RM1,000.00,  maka di masa depan si peminjam akan mengembalikan dengan nilai yang sama juga.

Hukum berhutang adalah fleksibel bergantung kepada situasi dan toleransi.

Sunat bila dalam keadaan normal.
Haram jika meminjamkan wang untuk berbuat kejahatan, menyewa pelacur, dan lain sebagainya.
Wajib jika memberikan kepada orang yang sangat memerlukan jiran yang anaknya sedang sakit tenat dan memerlukan wang mendapatkan rawatan atau ubat-ubatan.

sumber: http://aamsutisna.wordpress.com

Aku memang dari dulu tak suka berhutang. tapi dalam tak suka-tak suka tu ada juga la mengumpul hutang. Biasanya dalam keadaan terdesak sebab tak diterima terma tunai. Bila berhutang ni hati jadi tak tenang, asyik teringatlah bilalah aku mampu bayar hutang ni. Tidur malam tak lena, bila buat-buat lupa pula takut nanti kalau mati kena soal pula disana.

Aduh.

Tapi sekarang aku menjadi pemiutang. Tapi hutang yang aku benarkan ni Insya Allah tak ada unsur riba. Jangan sampai berbuat untung dalam berhutang.

Anyway, yang nak diceritakan ni dah jadi satu kesusahan pula aku nak memungut duit dari orang yang berhutang. Rimas kepala hotak dah jadi satu masalah pula. Aku malu asyik-asyik mengingatkan tentang bayaran dan malas pula nak minta hutang.

Kadang-kadang rasa bersalah. Dah la kita ni tak suka berhutang, kita nak galakkan pula orang buat hutang.

Aduh, aduh, aduh, aduh, duh duh.

Aku cuma berharap sesiapa yang ada berhutang tu bila cukup masanya ingat-ingat la ya. Kalau tak ingat juga, hmm, gi mana sih?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s