Puasa dan Umar

Ramadan akan menjelma dalam lebih kurang 5 hari sahaja lagi. Aku sedang mempersiapkan diri bagi menyambut Bulan Penuh Barakah itu. Kalau ikut situasi tahun lepas, kebanyakan masa sang suami berbuka diluar kerana menghadiri majlis-majlis dan terus berterawikh disana.Cuma aku ni lah kena mula mengulangkaji nak memasak untuk sahur nanti. Hehe.

Salah satu persiapan berpuasa adalah untuk mempersiapkan Umar. Tahun lepas, Umar berjaya berpuasa 15 hari penuh kalau tidak silap. Kredit diberikan kepada Sang Suami sebab dia yang melatih dan mempercayai Umar akan mampu menahan diri sehingga waktu berbuka.

Semalam aku beritahu Umar yang dia kena berpuasa. Dia mempersoalkan kenapa Hamzah dan Sawda tak perlu puasa. Hmm, letih juga bila anak dah besar nih. Banyak soalan dan banyak perbandingan akan dibuat.

Sedang elok, Kak Lily dari ALIMKids Bookstore ada mengeluarkan carta Ramadan untuk melatih dan memotivasikan anak sebab anak-anak ni kan sangat objektif.

Ada dua carta. Satu untuk anak yang boleh berpuasa penuh dan kita nak latih dia turut melakukan ibadah sunnah.

Satu lagi ialah carta untuk anak-anak yang baru belajar berpuasa. Boleh tanda pukul berapa dia berbuka. Makin hari mesti makin syok tengok cartanya makin lama.

 Dua-duanya sangat sesuai untuk Umar dan Hamzah.

Aku faham Hamzah tak faham lagi pasal puasa ni cuma aku perlu participation Hamzah untuk memotivasikan Umar.

Kalau ada yang nak ajar anak berpuasa, bolehlah guna carta ini. Boleh download secara percuma dari link ALIMKids Bookstore ini.

Selamat mempersiapkan mental dan fizikal kita semua.🙂

4 thoughts on “Puasa dan Umar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s