Sharing is caring

Alhamdulillah selepas tragedi berbuka pada jam 9.40 pagi di awal ramadan, umar berjaya puasa penuh.

Hamzah dan Sawda pula tak mahu makan. Bila ditinggalkan makanan kat rumah, tak berusik pun. Mungkin penangan bulan puasa. Mungkin juga tak ada lawan nak makan.

Biasanya anak-anak aku ni kalau makan ingat satu sama lain. Berbeza sekali dengan aku adik beradik dulu. Kalau mak tak sound suruh tinggalkan, memang hai  hai bye bye lah.😛

Macam hari ahad lepas, umar sahur nugget. Nuggetnya 9 keping, aku simpankan 2 untuk hamzah, supaya hamzah tak kempunan. Tapi dia cuma makan 1, dan selebihnya dia kata untuk Hamzah nanti bila bangun pagi nak makan.

Al-kisah, Hamzah pula bila bangun pagi nampak nugget. Dibawanya bekas nugget tersebut dan dihulurkan pada Umar yang sedang berpuasa. Aduh kesiannya tengok Umar. Hamzah tak faham yang puasa ertinya tak boleh makan dan minum. Seboleh-boleh disua kepada abang. Biar makan bersama-sama.

Aduhai anak-anak. Sejuk hati memandang. Terus terfikir kenapa masih ada lagi orang dewasa yang tamak dan haloba? Semuanya hendak dibolot sendiri tanpa mahu berkongsi.

Hari ini 9 Ramadan. Insya allah hari ke 8 Umar.

Bangga betul tengok Umar. Harapan aku semoga adik-adiknya nanti pun bila baru hendak belajar berpuasa akan hebat seperti abangnya juga.

🙂

One thought on “Sharing is caring

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s