Umar: Allah dan Al-Quran

Umar ada banyak persoalan sekarang ini. Kebanyakan soalan-soalannya memang mencabar minda kerana ia berkaitan dengan Tauhid.

Soalan yang sering dapat kebelakangan ini adalah seperti;

1. Allah sembahyang macamana?

2. Allah tu macamana?

3. Macamana eja Allah dan syurga sebab dia nak cari gambarnya.

4. Kenapa Allah cipta Alien?

5. Kenapa Allah cipta planet?

6. Allah dengan Nabi Muhammad s.a.w tu kawan baik ke?

7. Kenapa kena sembahyang? Kenapa kena puasa?

8. Kenapa kena puasa siang? kenapa Allah tak suruh puasa malam, siang boleh makan?

Aku pula tak mempersiapkan diri dengan soalan-soalan ini. Macamana nak explain tentang yakin pada yang ghaib pada anak berusia 6 tahun?

Agak sukar juga perjalanan aku dengan Umar ini. Aku tak mahu jadi kebanyakan Ustaz dan Ustazah disekolah dulu, bila kita tanya kenapa kena sembahyang, jawapannya sebab, “Allah suruh.”

Mungkin ini caranya Allah nak memperingatkan aku dan suamiku kepentingan mendalami ilmu Tauhid dan agama Islam. Tak boleh lagi ambil mudah, tak boleh Islam pada nama.

Aku berdoa supaya perjalanan kami ini dipermudahkan. Supaya Umar dapat dipersiapkan dan jawapan-jawapan yang diberikan dapat meyakinkan dia dengan Islam.

Sesungguhnya Islam dan Iman tidak diwarisi.

Dalam perkembangan lain, semenjak awal ramadan, aku dan Umar dah mulakan Quran Curriculum. Antara surah yang kami pernah bincangkan adalah surah Al-Fiil (surah tentang tentera bergajah). Asalnya baca iqra’ buku 4. Dalam tu ada patah perkataan ‘ababil’. Terus dia relate dengan surah Al-Fiil.

Seronok baca surah tu. Cerita pasal ayat makiyyah, dan ayat madaniyyah. Kemudian boleh cover sikit pasal geografi Mekah dimana, dan lokasi Madinah pula. Selain itu, cerita pasal gajah. Cerita pasal ababil.

Lepas surah tu, kami ada baca 2 surah lagi. Aku pernah juga buat bersama dengan adik aku, masa dia duduk dirumah aku weekend lepas.

Tak tahulah dia seronok betul-betul atau sekadar ambil hati aku. Tapi harapnya dia dapat something dari sesi itu.

And hari ini, lepas solat mahrib, Umar tanya dalam Quran ada tak cerita pasal syurga? Jadi aku pun bacakan surah Al-waqiah, dah terjemahannya. Cerita pasal 3 golongan di akhirat kelak, dan cerita keadaan disyurga dan neraka.

Dan dapat sembang pasal kejadian hujan, dan tumbuh-tumbuhan.

Esok, Umar minta cerita tentang nabi. Kami decide nak cerita pasal Nabi Musa dan tongkatnya yang membelah lautan. Nak kena revise ceritanya dan cari source dari Al-Quran.

Oh, btw, Umar sangat interested dengan Al-Quran sebab katanya macam-macam ada. Dia juga kata nak jadi hafiz, sebab Al-Quran akan ada dalam dirinya.

And oh, Umar juga nak buat blog.

Hai macam-macam si umar nih.

Doaku, semoga diperkenankan Allah segala yang terbaik untuk dirinya dan juga untuk kami.

Amin.

note: siapa2 nak bantu jawab persoalan-persoalan Umar, silakan ya. Sangat diharapkan dan dihargai.

🙂

9 thoughts on “Umar: Allah dan Al-Quran

  1. baguslah..keep it up..:)..smalam terdengar kt radio IKIM, antara reason kene puasa dari segi scientific-utk buang toksik2 dalam badan..11 bulan asyik makan je kan..so, utk sebulan kite buang/kurangkan apa2 yg x patut utk ada dlm badan.. then dlm makanan pon ade mcm2 bahan kimia..lagi lah zaman sekarang ni..wallahua'lam..p/s:byk nye soalan Umar..hehe

  2. banyak persediaan sebagai seorang ibu, kalau jawapan tersilap atau nampak ambil mudah, akan memberi kesan pada anak. Sama juga, kadang tak dapat beri jawapn terbaik untuk soalan Nurin. Tapi soalan Umar adalah lebih mencabar

  3. salam sishehehe mencabar soalah budak2 zaman sekarang. saya ni tak ada pengalaman lagik😛 tapi saya rasa bila timbul anak2 bertanya benda2 sebegini, ia sebenarnya mesej dari Allah supaya kita mencari jawapan & belajar juga, bukan hentam nak jawab, hanya sebab 'taknak bg jawapan yg tak berasas kepada dia' or whatnot. pada pendapat saya lah, mungkin utk hadapi soalan2 pelik macam ni kita boleh bagitau dia"Soalan yang bagus, tapi buat masa ni Mak kena fikir sekejap, nanti mak bagitau awak, ataupun kita boleh cari jawapannya sama-sama"dalam masa yg sama kita boleh cari jawapan2 dia, mungkin dari pembacaan atau bertanya kepada yg lebih arif.ye lah, kadang2 mak ni nak nampak 'best' di mata anak2, jadi dia taknak supaya anak nampak dia tak tahu. tapi bagi saya, bila kita respon kepada pertanyaan dia, walaupun bukan dengan jawapan yang pasti (macam contoh di atas) itu dah menjadikan kita hero di mata dia, kerana kita sedang berusaha utk membantu dia mencari jawapan bg soalan dia.itu adalah jauh lebih baik dari jawab "MAk tahu, esok tanyalah ustazah" uhuh.hehe. maafkan saya, saya tak ada pengalaman, cuma bercakap melalui pengalaman orang lain & pembacaan semata-mata. ahaks.😛

  4. fathin, memang seronok. at the same time kita pun dapat tahu macam2 yang kita selama ni take for granted. kak gjie, memang banyak sangat soalannya. and yang akak cakap tu betul juga lah. tapi bila saya explain pada dia, saya foresee dia akan tanya apa tu toksin, apa bahan kimia. ehhee.one answer leads to another questions.kak bina, nurin pun macam umar juga kan? walaupun soalannya tak sama macam umar, tapi dia pun banyak tanya jugakan. jadi kena prepare je lah kita nih. mommylyna, akak setuju dengan awak. that is what i have in thought. mesej dari Allah. sama macam akak penah tulis kat dalam status facebook (oh maybe awak tak baca..:) yang pasal cerminan tu. nanti akak republish kat sini.and your reply suggestion tu, betul jugak la tu. that's what i did and i do everytime i could not answer his questions. like his question, "kenapa orang cina buat kubur kat bukit?"like, how do i know? takkan nak jawab fengshui pulak. nanti dah lead dia kepada masalah aqidah pulak. so kenala cari jawapannya. proses cari jawapan tu boleh dibuat oleh kita sendirian ataupun bersama-sama. sangat menarik sebenarnya, but it will take a lot of efforts and time. keep on reading and sharing ok girls.i so love all of you.

  5. Asalamualaikum… ye…agak mencabar minda bila si kecil bertanya akan soalan2 dari fikiran logiknya…🙂 i belum berkahwin dan x tahu bagaimana yg u rasa… Alhamdulilah,tenang rasanya pabila si kecil benar2 mencintai Islam.. Didikan agama i xlah setinggi mana… I pun masih belajar dan masih mencari akan jalan Islam yg sebenar2nya… sudah 24 tahun i feb lepas, dah mula masa untuk i berubah dan menjadi hamba Allah yg tidak rugi… Anyway, i cuma nk berkongsi pada apa yg i tahu utk u menjawab persoalan si kecil tadi…

    soalan si kecil u…
    1. Allah sembahyang macamana?

    2. Allah tu macamana?

    3. Macamana eja Allah dan syurga sebab dia nak cari gambarnya.

    4. Kenapa Allah cipta Alien?

    5. Kenapa Allah cipta planet?

    6. Allah dengan Nabi Muhammad s.a.w tu kawan baik ke?

    7. Kenapa kena sembahyang? Kenapa kena puasa?

    8. Kenapa kena puasa siang? kenapa Allah tak suruh puasa malam, siang boleh makan?

    jawapan:
    1.no comment

    2. Allah adalah ZAT yg sebenar-benarnya ZAT, tidak dilahirkan dan tidak melahirkan… kekuasaan Allah tiada batasan… Allah mampu mencipta segalanyanya yg ghaib mahupun nyata… Allah mampu mencipta langit dan bumi(nyata), begitu juga Syurga dan Neraka(ghaib)…

    3. Kita di lahirkan atas kekuasaan Allah, highlightkan kepada si kecil u ttg kekuasaan Allah yg mutlak, maka dgn itu kita tidak tahu bagaimana rupa Allah, tapi jika kita benar2 beriman kita akan merasai kewujudan Allah.

    4. Tiada bukti akan kewujudan Alien, dan setahu i juga tiada tertulis kisah Alien di dalam Al-Quran, maka dgn itu u cube alih perhatian si kecil u supaya jgn terpengaruh dgn pengaruh negara barat dan dan berhati2, menyesatkan seseorang muslim walaupun untuk sesuatu masa yg lama adalah salah satu dari fahaman zionis..

    5. i xder jawapan yg sesuai untuk di kaitan dgn bukti yg ada di Al Quran kerana i kurang arif dgnnya, tp u masih boleh cakap kat si kecil u “salah satu sebab Allah menjadikan planet2 lain selain bumi kerana Allah ingin memberi tahu manusia, hanya dia ZAT yg sebenarnya ZATdan hanya dia mampu mencipta apa sahaja dgn kehendaknya, Allah maha mengetahui dan oleh kerana itu kita semua as a human x boleh mencipta apa yg Allah ciptakan untuk kita. kerana Allah lebih berkuasa dari segala2nya…

    6. Allah dgn Nabi bukan seorang sahabat, Nabi dan kita semuanya sama, mempunyai bentuk fizikal yg sama, tetapi Rasullah adalahadalah hamba Allah yg paling di kasihi Allah kerana Rasullah baik,setia,jujur dan u slot2 kan lagi benda yg baik2….

    7. SALAH SATU sbb kt solat kerana kita bersyukor kerana di berikesempatan melihat dunia, slh satu sbb kita berpuasa kerana Allah memberi kesempatan utk kt merasai ttg kemiskinan org yg tidak mampu… jadi ini bukti Allah syg kan kita semua, i) apabila org tahu bagaimana lapar, maka org akan berjimat dan membantu org lain, jadi yg lapar dapat merasai makanan, dan yg membantu akan dapat pahala.

    8. u cakap kat sikecil u, kalau kita puasa malam kita tidur… jadi kita tak rasa lapar, jadi kita x tahu apa yg org susah rasa,

    ni apa yg dapat i bantu u

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s