Sehari Dalam Hidupku

Alhamdulillah setelah sebulan berpuasa, kita kini dah dalam syawal ke 6.

Tahun ni tak banyak beraya. Menziarah pun kurang. Entah kenapa tak larat untuk berlama-lamaan dijalanraya.

Hari ni langsung tak keluar, eh silap. Keluar juga meneman suami menjual di Pulai. Akak ni nak belikan anaknya cincin tanda untuk bertunang/merisik.

Alhamdulillah, rezeki tu semuanya.

Umar pun dah mula mengaji semula hari ni. Lama betul cutinya. Manjang ada orang dirumah, jadi dia pun leka. Cikgu yang mengajar pun sama leka juga. Dah padan la tuh.

Tapi bab solat ada improvement. Madrasah Ramadan menampakkan hasil. Sekurang-kurangnya tak susah nak suruh Umar solat sekarang berbanding sebelum Ramadan.

Betul kata orang, sesuatu perbuatan kalau diulang-ulang selama 30 hari tanpa henti, akhirnya akan jadi tabiat.

Yang paling seronok bila baca komen umar dalam satu gambar dia sedang solat berimamkan adik bongsuku.

“Sehari dalam hidupku”

Sejuk hati membaca. Sungguh, aku mahu dia membesar jadi sesiapa pun yang dia mahu, asalkan beriman.

Macam ustazah masa sekolah agama dulu cakap, cita-cita awak nak jadi apa?

Tak kira apa pun jawapannya, tambahlah ..yang beriman dihujungnya.

Jadi cita-cita aku nak jadi ‘surirumah yang beriman’.

Amin.

🙂

Cuma aku belum mula berpuasa 6. Insya Allah sempat lagi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s