Cancel Polisi Insuran bila jual kereta lama

NCD bertahan untuk selama setahun bagi rate semasa. Jadi kena pastikan tarikh mulanya.

Bila jual kereta, sila kansel polisi. Akan dapat balance duit dari premium tu. Macam aku baru je renew insurans bulan 7. Ni baru bulan 10/11. Insya Allah ada la sikit kot.

Bila dah cancel policy, NCD pun automatik kansel juga. Nanti syarikat insuran akan beri endorsement document dan akan ada date – which is cancellation date. Maka itu tarikh entitlement NCD selama setahun bermula.

Selepas setahun, jika tak beli kereta baru atau tak pindahkan NCD tu, kadarnya akan berkurang. List kadar NCD adalah seperti berikut.
0, 25%, 30%, 38 1/3 %, 45%, 55%…

Ini yang aku dapat penerangan dari orang insuran. Kaedah nak cancel, policy owner kena submit sendiri lah document tu.

Aduh satu kerja lagi nak kena gi Melaka Raya. Tapi banyak juga policy aku tu. Maka baiknya aku pergi juga kerjakan, dapat juga duit tambah-tambah beli abaya baru ke.

:))

Lain kali aku update pasal tatacara jual beli kereta, dari perspektif pembeli dan penjual kereta sebab aku dah merasa kedua-duanya dalam masa sebulan nih.

By the way, jual beli keretaku (separa) selesai hari ni. Kereta lama pun dah diberi kepada pembeli baru, dan kereta baru pun dah ambil dari owner lama.

Alhamdulillah semuanya menggunakan mudah.my. Hebat juga pengiklanan mudah nih rupanya. 

Selamat tinggal vios ku yang banyak berjasa.

7 thoughts on “Cancel Polisi Insuran bila jual kereta lama

  1. salam tuah tanah,
    saya ni baru jual keta dalam mudah.my,
    nak tanya insuran keta saya kalau dikasel kan brapa agak2 dapat balik duit tu ye?
    ituhari beli rm600 kadar insuran, baru guna 2bulan,jadi ada baki lagi 10bulan..

      • ye la kan,dah bayar mahal2 lak tu,
        nak tanya kalau nak kansel insuran kita boleh gi ke mana2 wakil insuran (kurnia) ke atau kena g tempat yang kita beli tempohari(kurnia)?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s