kerja kerja kerja sampai tutup mata

saya dah boleh adjust life as a housewife. Ada hari kemas rumah, tapi bukan hari-hari. I mean, major overhaul 2 kali seminggu je lah. Touch up sikit2 je hari2 lain tu.

Pagi tadi terbangun awal, alarm bunyi. Ingatkan dah nak terlepas subuh ke apa ke rupanya belum masuk pun waktu. Maka gunalah waktu yang ada sebelum sibuk.

Kebetulan budak-budak cuti sekolah sebab Ahad nanti ada ikhtifal. Dan saya pun esok sibuk ada small casual breastfeeding talk kat MMU. Jadi hari ni saya pun buat la preparation class alimkids. Kalau nak tunggu esok juga memang tak dan.

Pastu tengahari gi kutip duit barang kemas. Rasa tak berapa nak rajin jugak nak gi office. Tapi pergila jugak sebab nak hantar barang sekali.
Sedang berfikir untuk nak resign.
Cash simpanan untuk bekalan bulan-bulan awal tak ada fix income memang akan susut.
Nekad dan tekad la sangat kan. 😛
Btw, tadi petang pergi rumah mak. Sebab bangun terlalu awal, maka petang-petang jadi sangat ngantuk. Pukul 2 lebih saya tertidur sampai pukul 4. Bangun-bangun perut lapar. Maka saya pun makan.

Sekali anak-anak semua serbu nak makan. Kesian anak-anak tak makan kerana saya tidur. Walaupun adik saya jagakan tadi, tapi yelah kan, bukan anak dia (plus she isn’t married yet) maka dia tak ada la tanya anak saya nak makan ke apa.

Terus membuatkan saya terfikir, kalau anak-anak ni bukan mak sendiri yang jaga, memanglah tak sama. Semalas-malas mak pun, malas-malas sayang la kan?

Itu yang buat jadi tekad dan nekad.

Insya Allah, duit boleh cari. Memang kena rajin. Tapi tetap Allah yang beri.

Anak-anak ni pula kalau dah besar tak jadi orang, tetap saya redha. Sekurang-kurangnya saya dah buat sedaya yang boleh. Sehabis baik bak kata pengakap.

Selebihnya itu kerja Allah. Anak itu amanah. Boleh jadi juga ujian dan dugaan.

Ya Allah, kepada Mu saya berserah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s