Jom bina kerjaya (dari rumah)

Adakah anda surirumah dan ingin mendapatkan wang tambahan bagi menampung kos kehidupan yang semakin meningkat?

Atau adakah anda seperti saya, ingin berada di rumah dan ingin menjana pendapatan sendiri? 

Apa pun alasan dan sebab-musababnya, anda yang tahu mengenai kehidupan anda dan andalah yang perlu mengaturnya.

Jadi, atas kesedaran, kemahuan dan desakan itu, satu seminar bekerja dari rumah atau lebih dikenali dengan Executive@Home akan diadakan di Melaka (Maju) pada bulan Disember ini.

This is not really about profit, but this is sincerely about knowledge sharing.

Yuran penyertaan masih lagi akan dikenakan, tetapi saya akan cuba caj secara minimal.

Selain berkongsi ilmu mengenai peluang-peluang menambah pendapatan, cara memulakan perniagaan, dan bagaimana memanfaatkan teknologi dan internet dalam perniagaan, ini juga adalah platform untuk kita bertukar-tukar maklumat dan membina rangkaian.

Nah, serampang dua mata kan?

Seminar akan dikendalikan oleh Puan Dayang Lily Abang Muas.

Dayang Lily Abang Muas merupakan salah seorang pengasas UmmikuSayang.com. Mempunyai ijazah Sarjana Muda Computer & Systems Engineering dari Rensselaer Polytechnic Institute, New York, USA, beliau pernah bekerja sebagai Systems Engineer di salah sebuah syarikat “Multi-National” di Petaling Jaya selama 8 tahun.

Beliau memulakan perniagaan on-line di UmmikuSayang.com pada 2001 bersama rakannya Hani Arziana dari rumah selama 5 tahun sebelum membuka kedai buku “UmmikuSayang Books & Boutique” di USJ 10 pada 2006 dan “ALIMKids Bookshop” di USJ 9 pada 2008.

Perniagaan mereka berkembang dan kini mereka mengendalikan beberapa laman web seperti Alimkids.com, MuslimBizNetwork.com dan Alimkidsbookshop.blogspot.com.

Dayang Lily sering dijemput sebagai penceramah di beberapa seminar anjuran pelbagai pihak untuk berkongsi pengalaman beliau memulakan perniagaan secara on-line.

Artikel mengenai Puan Lily banyak disiarkan dalam majalah, suratkhabar dan juga TV. Malahan, insya Allah, paparan pengorbanan beliau akan dikeluarkan di rancangan NTV7’s The Breakfast Show pada pagi Hari Raya AidilAdha.

Jadi marilah sama-sama join saya untuk merealisasikan seminar ini. Kos menghadiri seminar yang sama di Kuala Lumpur lebih mahal ditambah lagi dengan kos perjalanan dan sebagainya.

You know the drill, email atau call saya noor.azurah(at)gmail.com.

Saya perlukan sekurang-kurangnya 10 orang sahaja.

🙂

nota: secara tentatif, tarikhnya pada 12 Disember 2010, jam 2 – 6 petang, di Bukit Beruang Heights. 


Yuran penyertaan akan dimaklumkan kelak. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s