Keibubapaan Kaedah Khalifah

Minggu lepas saya telah menghadiri kursus Bengkel Kaedah Khalifah Untuk Guru. Saya rasa saya sangat beruntung kerana dapat menghadiri bengkel ini kerana terlalu banyak dugaan yang perlu ditempuhi sebelum itu. Sehingga pagi sebelum saya ke sana pun masih lagi berkira-kira samada untuk hadir atau tidak kerana Sawda demam panas.

Biasalah, apabila sesuatu itu sukar didapati maka ia lebih dihargai. Bengkel Kaedah Khalifah ini dianjurkan oleh Khalifah Institute yang berpusat di Ampang Hilir (juga merupakan premis Khalifah Model School). Walaupun bengkel tersebut untuk guru, tetapi saya menetapkan bahawa saya datang sebagai ibu dan siapa lagilah guru yang paling hampir dengan anak-anak jika bukan ibu bapa sendiri, kan? Walaupun saya sudah mulakan Kaedah Khalifah dirumah dengan bahan bacaan, tetapi baik juga jika mendengar dari yang pakar.

Jika ada yang tertanya-tanya apakah itu Kaedah Khalifah, ia telah diperkenalkan oleh Allahyarham Prof. Muhammad al Mahdi, berasaskan lebih 40 tahun kajian dalam bidang Psikologi, Fizik, Kosmologi dan Teologi.

Kaedah Khalifah mengintegrasikan tasawur Islam dan psikologi moden. Kebiasaannya kaedah keibubapaan barat kekurangan satu elemen iaitu spiritual dan ini yang ditekankan.  Segala yang kita lakukan hanyalah kerana Allah.

Ia sangat berkesan dalam mendidik anak-anak untuk menjadi Muslim yang cemerlang dunia dan akhirat.

Hakikatnya, kita telah diciptakan Allah kedunia untuk menjadi Khalifah. Ini terkandung dalam firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30,

” Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah diatas muka bumi(Adam).”

Kerana itu kita perlu faham akan tanggungjawab ini. Siapa khalifah? Apakah tugas khalifah?

Terdapat 3 elemen yang penting dalam keibubapaan kaedah khalifah, 

1. Pandangan Alam (worldview) yang tepat dan bermotivasi. 
Pandangan Alam sangat penting kerana jawapan yang berbeza akan membawa kita kepada tindakan yang berbeza. Jika kita punya objektif dan matlamat yang tepat, mudahlah untuk kita menyusun strategi dan tindakan bagi mencapainya. 
2. Memahami Hukum Pembelajaran.
Hukum pembelajaran adalah tool untuk mencapai matlamat kita. 
Hukum pembelajaran akan membantu mempengaruhi pembentukan personaliti, menanam kata hati untuk memperkasakan diri dan juga penggunaan proses Shaping atau pengukuhan langkah-langkah kecil bagi mencapai matlamat akhir. 
Hukum pembelajaran mengatakan bahawa 
Jika kita buat sesuatu, dan mendapat GANJARAN. Kita akan mengulangi perbuatan itu sehingga akhirnya menjadi tabiat kita.

Kerana itu, jika kita mahu anak sentiasa berbuat baik, kita kena memperkukuhkannya dengan memberi ganjaran (positive reinforcement). Ganjaran pula tidak bermaksud hadiah fizikal semata-mata. Ia boleh jadi dalam bentuk perkataan, perbuatan dan pemikiran.
Dan kerana itu juga, jika kita tersilap memberi ganjaran ketika anak berbuat sesuatu yang tidak elok atau salah, kita mungkin membantu memperkukuhkan perbuatan itu secara luar sedar. Tabiat yang salah hendaklah ditangani dengan tegas tetapi lembut atau dalam erti kata lain, dengan berhikmah.
Oleh yang demikian, proses pembelajaran hendaklah sesuatu yang menyeronokkan, kerana seronok itu juga suatu bentuk ganjaran.
Selain itu, kata hati juga amat penting. Kata hati (internal monologue) adalah apa-apa perkara yang kita sebut dalam hati. Orang boleh kata apa pun kepada kita, tapi akhirnya apa yang ada dalam hati kita yang menentukan segalanya. Secara tidak langsung, kata hati akan membentuk personaliti. Namun, kata hati boleh dikawal dan dibentuk. Ini adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan diajar kepada anak-anak. Amat penting bagi kita membina kata hati yang betul dan unlearn kata hati yang salah. 
Dan yang terakhir sekali,

3. Proses shaping. 

Proses shaping adalah langkah-langkah kecil yang kita lakukan bagi mencapai matlamat akhir. Kita perlu mulakan dengan baseline atau asas mula, kemudian disetiap langkah kita perkukuhkan dengan ganjaran supaya ia menjadi motivasi bagi terus dilakukan sehinggalah menjadi tabiat.

Proses shaping dilakukan secara bertahap. 

Boleh baca dengan lebih lanjut dengan membeli buku Shaping Excellent Character atau pun bacalah kisah datuk dan cucunya yang menarik ini. 

 

Dan yang lebih menarik mengenai kaedah khalifah ini adalah kita semua mempunyai pilihan samada untuk berubah atau tidak.
Freewill.

Setiap tindakan kita adalah hasil dari pilihan kita. Insya Allah jika walaupun kita mempunyai kebebasan memilih, tetapi jika memilih untuk melakukan sesuatu kerana Allah, usaha kita akan bermakna dan diberkati.

Kita semua adalah generasi perubah. Kita perlu membuat perubahan supaya dapat mewariskan dunia yang lebih baik untuk anak-anak kita.
Insya Allah saya akan kongsikan dengan lebih lanjut di lain masa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s