[WAHM] Lebih 17,000 Wanita Berhenti Kerja Akibat Krisis Ekonomi Global

Terima kasih kepada Arin kerana highlight mengenai berita ini. Ya, menurut laporan mStar Online, Lebih 17,000 Wanita Berhenti Kerja Akibat Krisis Ekonomi Global.

Tetapi saya kira, ada perkara baik sebenarnya kesan daripada pemberhentian kerja itu. Nah, cubalah lihat,

“Daripada jumlah tersebut, seramai 1,629 orang usahawan wanita dilahirkan dengan pendapatan melebihi RM3,500.

Siapa kata wanita tidak boleh menjana pendapatan sendiri tanpa perlu bekerja makan gaji? Dimana ada usaha, disitu ada kejayaan. Insya Allah, jika niatnya betul dan caranya tepat, Allah akan permudahkan.

Wanita tidak perlu memilih untuk keluar bekerja ataupun tinggal dirumah sepenuh masa. Saya sedar wanita masakini ramai yang berpendidikan tinggi, berdaya saing dan berkemahiran. Jadi gunakanlah segala kelebihan itu. Jana wang dari rumah.

Tidak semestinya jana wang dari rumah dengan login facebook. Kena ada usaha. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian. Masakan wang boleh turun dari langit.

Jadi pelajarilah tekniknya, dapatkan maklumat dan ketahuilah pilihan anda.

KIta semua boleh berjaya. Yang penting, kita mahukan yang terbaik untuk kehidupan dan keluarga kita. Walaupun wang itu penting, tapi anak-anak tidak perlukan wang kita yang melimpah ruah. Yang diperlukan adalah perhatian.

🙂

Semoga Allah mencukupi rezekinya kepada kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s