[WAHM] Kenapa bekerja dari rumah?

Jika kita buat carian google tentang persoalan kenapa bekerja dari rumah, kita akan dapat pelbagai alasan dan tujuan. Apa pun tujuan kita, saya berpendapat kita yang paling utama kenalah kita pasakkan yang kita mahu bekerja dari rumah kerana Allah s.w.t.

Selain itu, berikut adalah alasan kenapa saya memilih bekerja dari rumah:-

1. Bebas mengurus masa saya sendiri. Waktu bekerja, waktu mengemas rumah, waktu berkomuniti, waktu berkeluarga dan paling penting waktu tidak berbuat apa-apa. Bekerja dari rumah walau bagaimanapun perlu disiplin tinggi, tapi insya Allah kita boleh buat.

Meninggalkan anak di rumah penjaga pagi-pagi? tidak sanggup rasanya lagi.

2.  Waktu ini adalah waktu kritikal dalam pembesaran anak-anak. Ya, anak-anak saya dalam lingkungan 2-7 tahun. Masa otak seperti span serta masa hati masih suci murni. Saya mahu mencorakkannya dengan sebaik mungkin mengikut corak yang saya mahukan. Siapa lagi artis yang boleh membuatnya jika bukan saya sebagai ibu?

3. Jika bukan sekarang bila lagi? Saya mahu melakukan sesuatu yang bermakna buat diri saya. Sesuatu yang mendekatkan diri kepada Pencipta dan juga sesuatu yang saya tidak akan kesal kerana tidak buat dimasa hadapan. Setelah potensi diri dikenali, saya kenalpasti saya suka bercakap. Walaupun saya ada kemahiran dan juga ijazah Sains Komputer, tapi bukan itu yang sama mahu buat sepanjang hidup saya.

Bak kata Puan Ainon, Presiden Universiti Terbuka PTS, cita-cita bukan pekerjaan. Pekerjaan hanyalah satu tool untuk mencapai cita-cita.

🙂

4. Kemahuan menyumbang kepada masyarakat dan agama. Jika saya pilih untuk berada bersama anak-anak dirumah, saya perlu meninggalkan kerja di pejabat. Jika tidak bekerja, saya tidak akan ada pendapatan. Jika tiada pendapatan, agak sukar untuk menyumbang kepada komuniti. Kerja-kerja seperti breastfeeding support group perlukan dana. Kami kurang dana. Jadi kebanyakan masa kami menggunakan wang sendiri. Jadi saya perlu pendapatan saya sendiri barulah seronok dan syok berbuat aktiviti amal.

Banyak lagi alasan yang boleh difikirkan. Alasan saya dan alasan anda mungkin tidak sama. Apapun jua alasannya, hanya jauhari yang menenal manikam.

Jika anda ada niat untuk tidak mahu keluar bekerja di pejabat sepenuh masa, mulakan perancangan anda sekarang. Perjalanan ini mungkin akan mengambil masa.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s