kerja kuat

Sepanjang masa saya belajar dahulu, saya tidak suka bangun pagi dan ulangkaji. Bukan stail saya. Biarlah saya tidur lewat dari bangun pagi. Kerana itu juga saya seringkali tidak hadir ke kuliah Organisasi Rangkaian (Network Organization) Encik Azam kerana kelasnya jam 8 pagi.

😛

Tapi dalam 2-3 bulan kebelakangan ini, saya rasa lebih tenang dan senang bekerja di awal pagi. Bangun jam 4 pagi, buatlah apa yang patut dan kemudian terus bangun untuk bekerja. Apabila anak-anak bangun, mereka akan lihat saya sudah menunggu mereka (padahal sebenarnya dalam hati berharap mereka tidur lama lagi).

Jika tidak dapat bangun awal pagi rasanya amat rugi. Masa seolah-olah pendek.

Semalam pagi-pagi lagi saya mendapat PM dari Kak Bina, pagi-pagi dah kerja. Apa nak buat, kenalah kerja kuat. Lagipun saya sudah bercadang untuk meluangkan lebih masa bersama anak-anak semalam, jadi kenalah melangsaikan kerja-kerja tertangguh.

Anak-anak pun sudah pandai. Kadangkala disuruh kita tutup komputer. Bagi mereka bila buka komputer tu tandanya kita sedang bekerja.

Perhatian. Itu yang mereka mahukan. Perhatian. Itu jualah yang kita perlu berikan.

Jadi sekarang ini pun sedang bekerja kuat supaya hari ini boleh bermain-main dengan mereka lagi.

Yok kerja!

6 thoughts on “kerja kuat

  1. Kerana itu juga saya seringkali tidak hadir ke kuliah Organisasi Rangkaian (Network Organization) Encik Azam kerana kelasnya jam 8 pagi. >>>> sama la…. dah la jauh lokasinya…

  2. pada hari bekerja sendiri selalu berkata, tak perlu tidur lama nnt weekend boleh ambil peluang, dan bila sampai masa hujung minggu, sayang nya nak tidur lama2 sebab banyak tugasan rumah nak dibuat

    • bila dah kerja sendirian berhad macam ni, lagilah rasa tak boleh tidur semua.

      tapi yang seronoknya, jika diikutkan juga rasa malas dan keperluan perlu rehat, boleh dibuat bila-bila masa tanpa ada rasa bersalah.

      lagipun anak ada depan mata, tak ada apa yang nak dirisaukan sangat. Insya Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s