Sakit

Agak tidak sihat hari ini. Tapi saya tetap bersyukur kerana saya memang rasanya perlukan rehat sedikit. Jika tidak sakit, saya akan terus-terusan bekerja kerana ada sedikit rasa bersalah jika sihat tetapi melepak sahaja.

Seringkali juga kita ditimpa persoalan seperti “Kenapa Allah beri aku sakit ni?”. Saya sedang melatih diri untuk meihat setiap sesuatu dari sudut pandang berbeza. Jika tidak, tentu saya akan merintih dan menyesali keadaan diri.

Bila difikir-fikirkan semula, saya perlu bersyukur kerana Allah datangkan sakit kepala hari ini dan bukan semalam. Saya mengendalikan kelas membuat cupcakes untuk kanak-kanak semalam. Kelas ini anjuran Brainy Young Caliph. Jarang-jarang jumpa kelas cupcakes untuk kanak-kanak terutamanya sekali di Melaka.  Sudah 3 kali tertangguh.

Seandainya sakit semalam, sudah pasti terpaksa tangguh lagi. Clientnya pula anak-anak. Bukan mudah untuk menerangkan kepada anak-anak sebab-sebab untuk menangguhkan sesuatu.

Jadi ada apa dengan sakit?

Bersyukurlah kepada Allah. Mungkin ini kifarah dosa. Mungkin ini signal Allah suruh berehat secara paksa. Yang pasti, sesuatu yang didatangkan kepada kita tidak ada yang sia-sia.

Anda semua, jaga diri baik-baik ya.

2 thoughts on “Sakit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s