Mak saya lapar!

Cuti-cuti sekolah ni, jadi tertekan saya memikirkan apa yang hendak dimasak. Anak-anak asyik lapar 24 jam. Bangun-bangun sudah ditanya apa nak makan?

Baru sudah sarapan, mereka sudah mula keluar masuk dapur. Buka peti ais, buka almari dapur. Cari makananlah tu.

Tengahari nak fikir lagi apa nak makan.

Belum lagi dikira minum petang dan makan malam.

Senang cerita, saya jadi risau. Sampai ada terfikir anak-anak ni makan tak baca bismillah ke? Hahaha.

Situasi ini saya kira dilalui oleh semua ibu-ibu dan penjaga. Kalau dulu semasa saya masih bekerja 8-5, saya tidak pernah memikirkan masalah ini. Apa yang hendak disusahkan? Pandai-pandailah pengasuh anak saya beri mereka makan.

Tidak pernah pula terfikir atau terlintas agaknya anak aku lapar tapi malu nak minta makan.

😦

Tapi, situasi sekarang lebih baik sedikit dari dulu. Saya memang lousy cook. Itu hakikatnya. Namun, tak bermakna saya tak pandai masak, saya boleh guna alasan itu kan.

Kadangkala makanan tak dimakan, dibiar sahaja oleh anak-anak. Pandang pun tak mahu. Tak masuk dengan selera. Sedih bukan kepalang. Telan sahaja la sendiri perasaan itu.

Sedikit demi sedikit saya belajar. Bolehlah masak yang mudah-mudah. Alhamdulillah anak-anak pun bukan cerewet. Kuih kodok (cekodok) kosong sahaja yang dipinta. Nasi kosong tanpa lauk pun OK juga. Nugget dan sosej memang kegemaran mereka. Tapi saya bercadang mahu kurangkan makan makanan siap diproses. Itu azam saya.

Hari ini pagi-pagi sudah pasang niat. Mahu masak yang elok-elok. Sudahnya, dapatlah lauk daging masak kicap dan makaroni dan cheese. Untuk minum petang, pisang sudah dikopek, tinggal dilenyek dan digoreng sahaja. Mahu buat cekodok pisang pula.

Itulah rezeki kita hari ni anak-anak. yang pasti, bila tiada income tetap ni, kenalah kreatif dalam segala cara.

Apa pula menu anda hari ni? Silah berkongsi dengan saya.

9 thoughts on “Mak saya lapar!

  1. he he he …untk mak mak kat oficce…jangan risau…insya allah kami yang mengasuh anak anak kalian akan fikirkan apa yang sesuai untuk jamuan pagi, tengah hari dan petang mereka …tapi jangalah skip dinner…pasal bila datang nursery esoknya…anak akan jadik ghimau…lapoooorrrrrr

    • haha.

      saya rasa betul juga kata kak izah. kalau anak tak makan malam, esok awal2 pagi dah merengek minta makan di nursery.🙂 yang disana juga kesian sebab bukan seorang dua anak nak dijaga.
      🙂

  2. Menu apa utk di masak mungkin akan jadi lebih mudah kalau dalam peti ais ada mcm2 bahan. Macam saya hari ni, tak de apa dalam peti, akhirnya cuma masak sup telur + kentang sebelum ke pejabat tadi.

  3. kak bina, yang ni memang betul. kalau takde bahan dalam peti ais, kepala tak gatal pun boleh jadi gatal. tak migraine pun bolehj jadi migraine juga. ahaha

  4. masak ni tak susah jibam.. bahan sikit pun leh je buat mcm2… kene rajin je..
    mmg bende yg mudah ready to cook tu agak mahal..
    tp since ko dah duk umah hari2 ni… mcm2 dah ko leh buat skang ni..
    ym je aku kalau dah takde idea nak masak apa… eheheh..

    • great, ada menu bergerak. :))

      aku ni selalu takde idea. sbb benda yang tahu dimasaknya terhad tu pasal takde idea. tapi kalau kau dah volunteer nak bantu. kecik tapak tangan, kuali aku tadahkan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s