Anak nak masuk sekolah

Umar akan masuk sekolah rendah tahun hadapan. Tahun hadapan pun tinggal 6 hari je lagi. Persediaan belum dibuat. Sekolah pun tak hubungi kami lagi. Cuak pun ada. Macamana ni? 6 tahun nak sekolahkan anak disekolah tu, tapi awal-awal lagi dah nampak macam semacam je pentadbirannya.

Cerita pasal sekolah, saya tidak berapa risaukan Umar hendak ke sekolah rendah. Tapi saya tahu Umar ada kerisauannya sendiri. Dia risau hendak beli makanan di kantin. Sudah siap-siap pesan saya untuk sediakan bekalan makanan setiap hari. Aduh, pening kepala makcik.

Urusan hantar dan jemput balik sekolah tak perlu risau. Saya ada insya Allah, kecuali hari-hari yang ada urusan diluar. Kali ini siap ada penumpang tambahan. Kak Aminah ada 2 anak yang sama sekolah dengan Umar, jadi saya ambil upah jemput anak-anaknya sekali. Bagus juga Umar ada kawan. Sekurang-kurangnya kalau saya lambat pun tidaklah dia berseorangan tunggu saya nanti.

Hal Hamzah tidak ada apa yang baru. Dia dah bersekolah dari tahun lepas. Cuma tahun ini tiada Umar lagi untuk tengok-tengokkan dia di sekolah. Malahan, kali ini dia pula kena bertindak jadi penjaga.

sawda in baju melayu

Get ready with baju melayu Hamzah

Jaga siapa? Siapa lagi kalau bukan Sawda. Beria benar nak pergi sekolah. Setiap kali cakap pasal sekolah, dia mesti ingatkan kami tentang dia mahu ke sekolah juga.

Sekolah PASTI sawda katanya.

Tapi dia belum potty trained lagi. Tak pastilah cikgu PASTI mahu terima dia sepenuh masa atau tidak. Akhir semester tempoh hari dia memang dah ke sekolah pun beberapa hari dalam seminggu. Nampak gaya macam OK je.

Jadi minggu hadapan minggu terakhir saya bersibuk-sibuk dirumah. Masuk penggal persekolahan yang baru, sibuk jadi supir pula. 4 kali sehari sekurang-kurangnya kena keluar rumah. Itulah, teringin sangat nak keluar rumah, baru padan muka.

Apapun tak kisahlah. Teringat kisah saya dahulu bila balik rumah mak dah tunggu depan pintu. Saya pula berlari-lari ke tandas kerana tak suka buang air di sekolah.

Mungkinkah sejarah berulang kembali?

Huhuhu.

4 thoughts on “Anak nak masuk sekolah

  1. dah besarkan anak2 kita. Nurin punya pakaian sekolah baru siap jahit 90% semalam. siap buat zip kat poket baju, ibu dia khuatir kalau bawak duit tercicir, nak memikirkan bawa bekal ke sekolah juga satu hal. wah sawda pun dah ke sekolah. Adam pun akan masuk 4 tahun, tak pasti lg nak hantar ke PASTI atau tidak tahun depan

    • itu kelebihan akak, bolehjahit baju seklah sendiri. saya ni semuanya hendak kena beli. hehe.

      umar ada cakap juga pasal duit hlang dll. jadi ibu paranoid pun mulalah bimbang ahhaa. teruk la saya nih, ada masa over protective.

      sawda teringin bernar ke sekolah. hantar jelah. ada kemudahan dan kelapangan. macam anak buah saya yang di KL tu kesian, tak boleh dihantar sbb ada masalah pengangkutan.

    • haah sebaya. macam mak nenek ni hari-hari tanya pasal sekolah. Ada sekali dia cakap, macamana ni mak, sawda tak ada duit.

      Bila tanya kenapa?

      Nanti macamana nak sekolah.

      Seriously i was surprise.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s