[WAHM] Takut memang ada, tapi redah sahaja

Saya suka sekali ingin berkongsi pengalaman saya tentang bekerja sendiri dan jadi usahawan. Jia diukur dengan masa, belum pun setahun jagung. Tapi pengalaman itu, walaupun sedikit memang tidak ternilai harganya.

Ramai sekali wanita di Malaysia dimomokkan dengan keperluan mempunyai kerjaya sendiri. Namun jarang-jarang kita diberitahu bahawa bekerjaya dan mempunyai pendapatan sendiri bukanlah hanya bermaksud kita perlu meninggalkan anak-anak dan keluarga sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

Kita ada pilihan ketiga. Pilihan lain selain bekerja di luar rumah atau pun menjadi surirumahtangga sepenuh masa.

Apakah pilihan itu?

KIta boleh memilih menjadi eksekutif@rumah. Atau istilah lain, Work At Home Mom, atau WAHM.

Dan bekerja dari rumah tidak semestinya berbisnes sahaja. Jika anda tidak suka berniaga, anda boleh mencadangakan kepada majikan anda supaya membenarkan anda bekerja secara fleksibel, teleworking. Tidak popular lagi di Malaysia, tetapi saya nampak potensi yang besar disitu. Dipihak kita pula, jika kita tidak bertanya, manakan nak tahu jika majikan kita benarkan atau tidak. Kadangkala majikan pun tidak terfikir tentang perkara itu.

Pilihan lain ialah freelancing. Jadi emcee, buat banner, apa-apa sahaja projek dan perkhidmatan yang anda boleh tawarkan.

Pilihan ketiga sudah semestinya menjadi usahawan. Momprenuer kata orang Merlimau. :) Meniaga pun macam-macam. Kena pandai cari peluang.

Semua tu pun perkara-perkara yang bisa menjana wang kita kan? Sesungguhnya banyak cara nak buat duit, antara berani dan tidak sebab kita semua sudah berada di zon selesa walaupun zon selesa itu tidaklah selesa sangat pun sebenarnya.

Satu perkara yang saya sangat suka apabila sudah bekerja dari rumah, saya tidak perlu menyesakkan fikiran yang sedia sesak ini. Kenapa saya kata begitu?

Jika saya perlu keluar bekerja, saya perlu fikirkan mengenai anak-anak. Mana nak hantar? Siapa nak ambil balik sekolah? Kalau demam bagaimana? dan persoalan demi persoalan timbul sepanjang masa.

Dengan berada dirumah, Insya Allah anak-anak saya terjaga. Tidakla sempurna tetapi apa lagi yang diperlukan jika ibu sudah berada dirumah?

Dengan berada dirumah, anak-anak membesar dihadapan mata. Segala perubahan fizikal, emosi, dan spiritual saya dapat perhatikan. Waktu berlalu pantas dan saya tidak mahu mensia-siakannya.

Seperti kebanyakan orang, saya juga ada perasaan takut dan khuatir. Selama ni kami sekeluarga hidup dengan 2 pendapatan. Tiba-tiba mahu menukar cara hidup. Tetapi apa yang paling teruk boleh terjadi? Sehingga kini yang terjadi pun kami cuma kena menukar kereta Vios kami kepada kereta Savvy. Itu pun tiada desakan cuma sebagai langkah berjaga-jaga. Tidak mahu dibebani hutang. Kereta besar esok lusa boleh beli lagi.

Ibu dan bapa dan keluarga terdekat memang tidak bersetuju. Lumrah kehidupan. Orang yang terdekat dengan kita sentiasa memikirkan yang terbaik untuk kita. Itu cara mereka menzahirkannya. Tetapi saya percaya, lambat laun mereka akan terima. Yang penting BERITAHU MAK dan AYAH. Redha dan berkat mereka itu penting.

2 thoughts on “[WAHM] Takut memang ada, tapi redah sahaja

  1. Ramai juga ibu muda yang membuat bisnes secara maya dan berjaya. Kos bekerja dari rumah sangat rendah banyak perkara yang melibatkan kos boleh disisih.

    Saya kalau ada source dapat barangan untuk jual pun berminat meniaga secara maya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s