Letih kerana usia?

Semalam saya dan keluarga ke Shah Alam. Mengambil dan menghantar barangan. Niat asal nak join sambutan anniversary kak ipar dan suaminya yang ke 30 tapi keadaan badan tak mengizinkan walaupun lokasinya dah dekat.

Itulah kan, makin lama badan ni bukan makin muda. Jalan jauh sikit dah letih sangat. Bak kata orang letih tak hingat.

Plan nak ke i-City tu pun tak tercapai, amboi kereta banyak betul sampai jam jalan. Anak-anak tengok dari luar sahajalah. Kemudian hari ini kononnya dah alang-alang tidur di sana, hendaklah juga ke Karnival Upin Ipin di SACC Convention Centre. Pun tak jadi juga. Pameran Buku Kanak-kanak di PWTC? Lagi lah jauh panggang dari api.

Apapun bersyukurlah juga kami dah selamat tiba. Suami pun dah selamat belayar. Perut pula lapar. Umar minta kuih kodok sahaja. Sedang menggoreng minyak meletup habis kena tangan pula.

Hai, nasib baiklah sudah ada yang punya. Kalau tidak silap-silap duit hantaran jatuh merudum pula.

:))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s