Tips Memulakan Perniagaan Bagi Ibu Di Rumah

Jika anda seorang ibu dan ingin memulakan perniagaan dari rumah, ada beberapa tips yang anda boleh gunapakai dalam memulakan perniagaan anda.

1. Anda seorang peniaga dan pengurus, maka bertindak seperti seorang pengurus perniagaan. Tidak perlu beli power suit, pakai baju batik di hari Khamis dan sebagainya. Namun cukup jika anda bersiap-siap lebih sedikit supaya anda dapat persiapkan mental serta membezakan antara kerja rumah dan kerja di rumah.

2. Maklumkan kepada rakan dan keluarga tentang perniagaan anda. Jangan malu atau segan untuk memberitahu mereka. Mungkin itu juga satu cara promosi dan strategi pemasaran. Cuma jangan paksa mereka beli produk atau gunakan perkhidmatan anda. Khuatir mereka akan melarikan diri dari anda pula.

3. Atur rumah anda dengan sebaik mungkin. Tiada siapa kata anda perlu jadi superwoman atau supermommy, dapatkan bantuan (pembantu rumah, saudara-mara, adik beradik) atau sediakan jadual harian. Lakukan sedikit demi sedikit, tidak perlu buat segalanya sekali gus.

4. Tetapkan matlamat dan pastikan perspektif anda betul. Segalanya adalah berkenaan keseimbangan. Ingat semula apa niat dan matlamat asal anda. Jangan meletakkan tekanan berlebihan kepada diri anda.

Sekali sekala, tinggalkan perancangan harian anda dan bermainlah dengan anak-anak. Itu juga akan membantu menyeimbangkan kehidupan kita.

Semoga tips ini dapat membantu anda (dan saya) dalam perniagaan kita.

2 thoughts on “Tips Memulakan Perniagaan Bagi Ibu Di Rumah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s