Cuti Sekolah 2011 dan homeschooling

Belum pun habis cuti sekolah 2010, saya dah sibuk-sibuk tanya cuti sekolah 2010 ya?

:))

Bagi kami, waktunya tak sama dengan orang lain. Kekerapan ambil stok dan jumpa pelanggan perlu disesuaikan dengan waktu persekolahan si anak. Anak bersekolah pula 5 hari seminggu. Itu membataskan pergerakan.

Tapi bukanlah saya bermaksud yang saya tidak sukakan sekolah.

Semalam saya ada membaca status Noha di facebook mengenai homeschooling. Saya suka idea homeschool. Cumanya, dalam masa 2 bulan bercuti ni, sukar betul nak buat anak duduk dan belajar. Duduk-duduk sendirian saya terfikir, kenapa homeschool tidak boleh berjaya dalam kerluarga saya?

1. Teknik homeschool saya membosankan. Sangat rigid dan so like school.

2. Tidak menyediakan struktur yang tetap. Cincai-cincai sahaja. Celup sana celup sini.

3. Kurang tegas dan disiplin dalam mengikut jadual. Selalu kalah kepada anak, dan juga kepada kemalasan diri sendiri.

Itu 3 alasan kenapa saya rasa saya tidak berjaya melaksanakan homeschooling di rumah saya.

Tapi saya tekad untuk mulakan juga. Saya tahu ia bunyi agak ambitious. Suami saya pula kelihatan agak skeptikal dengan pembelajaran dirumah. Sedangkan sesi mengaji Iqra’ bersama Umar pun seringkali culas.

Yang akan dihomeschool ialah Sawda. Dia mahu kesekolah. Saya faham tujuan dia kesekolah adalah untuk berkawan. Hamzah memberitahu saya kalau Sawda ke sekolah, dia hanya akan berjalan sana sini dan bercakap-cakap sahaja.

Lagipun dia belum lagi potty train. Nanti menyusahkan cikgu. Saya juga ada dirumah. Sekali sekala bolehlah dia ikut Hamzah ke sekolah. Tapi saya yakin tubuh sekecil itu tidak mampu bertahan untuk ke sekolah 4 jam sehari, 5 hari seminggu.

Oleh yang demikian, elok sangatlah saya mula memikirkan apa yang patut dibuat bersama sawda nanti. Salah satu sumber yang boleh saya rujuk adalah dari blog A Muslim Child Is Born.

Kalau jadi nanti saya blogkan.

πŸ™‚

2 thoughts on “Cuti Sekolah 2011 dan homeschooling

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s