Apa berlaku dalam setahun ini?

Entri ini berupa peringatan yang masa berlalu tidak akan kembali. Secara umumnya saya sukakan tahun ini. Banyak sekali perubahan dan pengalaman yang saya dapat. Tidak terkira kurniaan Allah kepada saya. Bersyukur yang amat sangat.

Kalau dilihat pada status facebook saya menggunakan aplikasi My Status in 2010, ada 80 imej terjana. Begitu banya updte status, banyak juga masa diluangkan disana, petanda sesuatu perlu dibuat. Takut-takut nanti ada lagi sajak ibu dan facebook seperti yang dideklamasikan oleh Serapina Ophelia. Tapi kali ini dari Umar, Hamzah atau Sawda Hasbullah pula. Aduh malunya.

Awal-awal tahun saya mula belajar buat kek. Alhamdulillah hasilnya memberangsangkan. Bolehlah juga buat jualan kecil-kecilan. Paling tidak pun boleh anjurkan kelas buat kek untuk kanak-kanak di Melaka atau Merlimau.๐Ÿ™‚

Kemudian saya mula memakai abaya. Asalnya kerana mahu memperbaiki cara berpakaian semasa mengangkat jemuran diampaian. Tapi kesudahannya saya memakai abaya secara full-time. There’s always room for improvements. Insya Allah sentiasa memperbaiki diri salah satu azam yang dibawa kehadapan.

Saya ditawarkan pemangkuan (atau kenaikan pangkat) dan berpindah tempat kerja. Lebih hampir dengan mak. Hari-hari boleh jumpa. Timingnya pun elok sekali kerana pengasuh sawda pula mendapat cucu baru yang ditunggu-tunggu. Jadi kehidupan kembali asal. Emak saya jaga anak saya semula.

Timbul pula keinginan untuk sambung belajar. Lokasi utama ingin ke luar negara. Mahu angin baru. Mana tahu bukan sahaja angin baru dapat dirasa, salji juga, itu pun kalau diterima. Tapi seperti diduga, saya tidak lepas interview. Itu pun saya percaya kerana suami tidak memberi 100% keizinan. Jadi Allah tidak makbulkan impian saya. Atau sudah tertulis ada yang lebih baik menunggu saya.

Suami mula menjual emas dan perak secara serius. Lama-kelamaan ada keperluan untuk saya berada dirumah sepenuh masa supaya suami saya boleh terus berniaga. Perniagaan perlukan pengorbanan, jika dia bekorban masa, saya pula berkorban gaji. Tapi bukan berkorban kerjaya.

Saya bertukar bidang, sesuatu yang lebih dekat dengan jiwa. Brainy Young Caliph pun terbina. Bermula dengan ALIMkids Playgroup, kini sudah bertambah profil dengan kempen penyusuan, produk-produk susu ibu,ย  seminar bekerja dari rumah dan juga program cuti sekolah. Ada banyak potensi untuk berkembang. Seringkali saya ingatkan diri yang fokus saya adalah anak-anak buat masa ini. Tidak perlu risau, tidak berapa lama lagi boleh full-swing. Yang penting sekarang adalah cipta kesedaran jenamaย  (create awareness) dan sustain.๐Ÿ™‚

Yang paling tidak disangka emak saya memberikan restu untuk saya berhenti makan gaji. Sesuatu yang unsangkarable. Tapi mak sayalah ornag yang paling saya sayang, kalau dia tidak percaya dan setuju dengan saya memang nampaknya saya tidak jadilah berhenti tempoh hari.

Kids are doing great too. Dan masih tiada lagi baby baru. Belum lagi. Sawda pula sudah mula memanggil dirinya Baby. :)) Masih menyusu, dan masih belum potty train. Umar mendapat no 1 dalam kelas, mewakili sekolah dan kawasan untuk pertandingan sajak dan juga menduduki ujian IQ. Alhamdulillah. Oh tidak dilupa dia berpuasa genap sebulan. Hamzah pula, banyak berkata-kata. Sifatnya makin ketara. Saya bertekad mahu lebih kerap bersama dia dan cuba memahami perasaannya.๐Ÿ™‚

Ramai rakan dan sahabat baru saya jumpa dan kenali sepanjang tahun. Semuanya hebat-hebat belaka. Semuanya saling melengkapi saya. Kalau nak sambung memang tak habis cerita tahun 2010, habis konsert ambang tahun baru pun tak habis karang lagi entri ini.

Saya percaya kata-kata dan apa jua yang yang ada dalam fikiran dan hati adalah doa. Jadi marilah fikir dan kata yang baik-baik sahaja. Semoga semuanya jadi nyata dan semoga kita semua beroleh bahagia dan kejayaan.

๐Ÿ™‚

Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s