Patahlah hati

Semalam macbook saya ditumpahi air. Saya dapat rasakan sesuatu akan berlaku. Saya sudah minta Umar alihkan semua cawan dari atas meja yang saya sedang gunakan.

Dia alihkan semua kecuali satu. Atau pun mungkin sawda bawa yang baru. Saya tak pasti.

Semasa saya hendah bubuhkan umar ubat, Sawda sama-sama sibuk. Akhirnya dia terlanggar dan tumpahlah atas keyboard.

Saya cepat-cepat off dan alihkan. Tapi tidak keluarkan bateri kerana ada casing pink itu.

Pagi ini ada keperluan guna komputer. Komputer anak-anak pula tutup kerana extension wire terbakar semalam semasa saya vacuum rumah. Huhu.

Dalam hati masih lagi terlintas perasaan kurang enak tapi diteruskan juga. Kenapalah saya tak ikut saja perasaan saya tu?

Akhirnya masa ON ada bunyi beeping. Mungkin RAM rosak. Mungkin hardisk. Janganlah motherboard rosak. Sepatutnya tunggu lagi, Paling kurang 48 jam. Paling lama seminggu?

Saya patah hati, patah jari dan patah kaki. Semua kerja tergendala.

Tapi hikmahnya saya dapat masakkan lunch, semak bacaan solat umar sewaktu solat Zohor, jahitkan lencana dibaju umar dan juga cabut uban suami.

Saya bertekad tak mahu perkara itu merosakkan hari saya. Mungkin suami rugi kerana dia yang belikan, mungkin juga saya rugi. Tapi saya percaya, Allah ada perancangan yang baik untuk saya.

Allah tunjukkan kepada saya yang saya masih lagi bisa mendapat order walaupun tidak online seharian hari ini.

Masih lagi berdoa dan bersangka baik.

Doakan saya ya.

5 thoughts on “Patahlah hati

    • Akak ada baca lyna, masa google cari pasal macbook kena air. tak sangka nasib kita sama. Tapi itulah once dah pakai macbook memang tak de jalan pulang. Haha. Pakai komputer jenama lain dah tak syok. Nasib baik boleh digunakan setakat ini, cuma baterinya tak boleh detect.

      Akak baca-baca lagi, mungkin bateri kena air atau mungkin juga motherboard problem so dia affect bateri. Tapi tak mengapalah. Asalkan boleh on dan masih boleh buat kerja sudah bersyukur yang amat sangat.

  1. Pingback: TIme flies fast

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s