Masa Itu Emas

Cepatnya masa berlalu. Hari ini saya keseorangan dirumah. Anak-anak semua kesekolah. Kemalasan pula melanda. Memang tiada niat untuk membuat kerja rumah atau sewaktu dengannya. Jadi hari ini makan tengahari nasi ayam juara ya kita.

Masa yang ada saya gunakan untuk update blog dan update cerita. Mula-mula seorang rakan menelefon saya bercerita kisah anaknya masuk tadika. Kesian, melalak-lalak tidak mahu ditinggalkan. Ibunya pun melalak sama.

Kemudian seorang sahabat lain menegur di YM. Bercerita tentang babysitter. Perihal bila dihantar babysitternya keluar. Aduh, macam-macam peel.

Ada pula soalan breastfeeding. Luka berdarah bagaimana nak atasi. Soalan itu saya KIV. Kena tanya rakan-rakan peer counselor atau LC. Pengetahuan yang ada tak cukup banyak. Takut salah jawab, lain pula jadinya.

Tujuan asal nak kemaskini produk baru tak sempat dibuat. Sedang seronok menaip tiba-tiba tangan terkena kejutan elektrik. Oh lupa nak cerita, macbook saya dah boleh guna. Allah kasihan kepada saya agaknya. Cuma bateri yang rosak binasa. Namun jika tiba-tiba t erkena elektrik, mungkin ada masalah lain juga. Sebelum keras di hujung keyboard, baiklah saya bertukar komputer.

Umar disekolah apalah cerita agaknya. Ralit bekerja terlupa nak menjenguk dia. Akan tetapi dia pun tidak menunggu saya. Sudah dimaklum awal-awal hari ini makan dengan kawan-kawan ya.

Masa tidak menunggu kita. Makin dikejar semakin laju jadinya. Sebentar lagi Hamzah dan Sawda akan pulang pula. Baiklah saya mengundur diri.

Jangan lupa baca cerita terbaru di blog BYC. Stok Bunga Raya pun sudah ada, eloklah tu buat penyimpan emas yang mahu bermula. Dinar Kelantan pun ada juga. Tapi promosi purchase-with-purchase kata Tokeinya. Tunggu beliau update di DuaLogam Merlimau ya.

🙂

4 thoughts on “Masa Itu Emas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s