Bukan title yang penting

Sejak akhir-akhir ini saya banyak mendapat email dan PM dari rakan-rakan tentang status saya sekarang. Ada yang terkejut, ada yang tumpang gembira, ada juga yang bercita-cita nak mengikut jejak.

Terus terang saya katakan saya gembira menerima email-email dan pertanyaan-pertanyaan dari kawan-kawan (dan juga stranger). Itu semua adalah sebagai motivasi bagi saya.

Ibu bekerja atau ibu bekerja dari rumah atau ibu suri rumah hanyalah title. Ada apa pada nama. Yang penting kuta menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada kita itu sebaik mungkin.

Tidak pernah sekalipun terdetik yang peluang ini datang kepada saya. Memang saya ada menyimpan niat tapi itulah, dalam keadaan ekonomi sekarang, siapa sangka kan?

Apapun kita buat, balance itu penting.

Cuma pagi tadi, dalam keletihan seminggu menguruskan anak-anak sekolah, saya terfikirkan kawan-kawan yang beban kerjanya berlebihan. Mengejarkan punch card dan juga tugasan pejabat, dalam masa sama masih lagi kena menguruskan makan, pakai, rumah dan suami.

Ah, wanita memang hebat sekali kan?

Saya tidak mampu. Biar apa pun orang katakan, saya tahu saya tidak mampu berbuat semua itu.

Untuk anda, anda tentukan sendiri ya.

πŸ™‚

Advertisements

3 thoughts on “Bukan title yang penting

  1. saya selesa dengan keadaan sekarang. walaupun segalanya MUNGKIN.
    berdoa yang terbaik, insyALLAH yang terbaik akan datang pada kita kan ?
    πŸ™‚

  2. Betul tu.tugas as a mak,tak kira bekerja full time,wahm or housewife perlu sabar byk2 and perlu lakukan amanah tuh no matter what.

    Good luck to all mothers out there!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s