Tidurlah sayang

Anak-anak saya masih lagi dalam keadaan untuk menyesuaikan keadaan badan dengan keletihan melampau secara tiba-tiba setelah sebulan lebih menternak badan.

πŸ™‚

Tidur manja

Hamzah sudah dua hari tidur petang. Salah satu sebab adalah kerana penat menangis. Ada sahaja yang hendak dijadikan sebab. Geram betul rasanya.

Macam Nadiah Khair tulis di wall fb, anak-anak memang adorable, tapi kadangkala bila melalak tu rasa nak jual je.

Hahaha.

Tidak larat bangun pagi

Ini pula sawda di hari ketiga persekolahan. kesian sungguh memang kejut-kejut pun tak bangun juga. Akhirnya jam 10 baru terjaga. Ada hati lagi nak kesekolah tapi tidak saya hantarkan. Maka bersekolahlah dengan Teacher Mama sahaja.

Tidur balik sekolah

Ini pula gambar petang tadi. Sunguh-sungguh kasihan. Sudah menjadi habit saya suka mereka mandi selepas kembali dari sekolah. Biar badan selesa dari peluh dan sekurang-kurangnya kalau tertidur sampai ke malam pun tidak mengapa. Yang penting sudah cukup kuota mandi 2 kali sehari.

πŸ˜›

Umar sudah agak steady cuma pukul 9-10 sahaja mata sudah layu dan kuyu. Tak tahulah nanti minggu hadapan bila kelas dah bermula dan homework pun sudah ada bagaimana pula reaksinya.

Setiap hari satu pelajaran baru. Untuk anak-anak dan juga ibu.

8 thoughts on “Tidurlah sayang

  1. “anak-anak memang adorable, tapi kadangkala bila melalak tu rasa nak jual je”
    – sama le ada alami juga. 2 lelaki akak tu slalu je buat perangai gitu.

    • haha takutttttttt.

      takde maknanya nak jual betul2. nak dapat punya lah susah, muntah sana mengidam itu ini, tiba2 dh dapat nak jual2 pulak. huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s